PEMAKLUMAN PERMOHONAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA FASA 2 DIBUKA BERMULA 1 OGOS 2022 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2022
Permohonan baharu PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 akan dibuka sekali lagi bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022. Permohonan ini juga terbuka untuk pelajar baharu yang sudah mendapat tawaran ke UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti mengikut syarat yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal https://perantisiswa.kkmm.gov.my/. Syarat kelayakan bagi permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini adalah seperti berikut dan juga boleh dirujuk pada Terma & Syarat di portal berkenaan:
🔶Warganegara Malaysia;
🔶Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
🔶Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
🔶Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
🔶Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
🔶Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
Sebarang pertanyaan mengenai PerantiSiswa, boleh hubungi helpdesk PerantiSiswa Keluarga Malaysia di talian 03-89117818/ 03-88706516 atau emel kepada helpdesk.upps@kkmm.gov.my / mcc@mohe.gov.my.