Penulisan Refleksi 2 (10%)

Opened: Wednesday, 9 October 2024, 12:00 AM

Teknologi AI (Kecerdasan Buatan) merujuk kepada sistem atau mesin yang direka untuk meniru kecerdasan manusia melalui pemprosesan data, pembelajaran automatik, dan pembuatan keputusan. Teknologi ini telah membawa banyak kebaikan seperti mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan ketepatan dalam pelbagai bidang. Namun, ia juga mendatangkan keburukan seperti timbulnya risiko kehilangan pekerjaan akibat automasi dan isu privasi data.

  • Bagaimana teknologi AI boleh memberi kesan negatif terhadap integriti?
  • Bagaimana anda sebagai individu boleh memastikan penggunaan teknologi AI yang anda guna adalah beretika dan berintegriti?
  • Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti dalam AI?

 

Penulisan refleksi anda hendaklah lebih kurang 600-700 patah perkataan. Pastikan anda memberi huraian yang mencukupi.

 Spesifikasi:

Font: Arial, Calibri atau Times New Roman (saiz 12), 1.5 spacing.

Hantar tugasan anda melalui Moodle, dalam Format PDF.