Main course page
  • TOPIK 3: Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian

    HASIL PEMBELAJARAN:

    1. Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.
    2. Menganalisis impak etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.

     

    ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN

     

    PENGENALAN

    Istilah peradaban berasal daripada Bahasa Arab yang digunakan bagi menjelaskan tentang maksud ketamadunan. Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa maksud peradaban adalah budaya yang bertunjangkan kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti.

    Istilah Melayu yang biasa digunakan untuk menjelaskan tentang peningkatan hidup masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Tetapi istilah tersebut tidaklah begitu meluas berbanding tamadun. Selepas kedatangan Islam, Istilah-istilah Arab mula digunakan dan diterimapakai dalam istilah Bahasa Melayu.

     

    3.1 PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN

     Pengertian Etika dan Peradaban

    Etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Peradaban ialah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.

    Peradaban merupakan istilah dalam bahasa Melayu yang sering dIkaitkan dengan masyarakat yang bertamadun. Menurut Kamus Dewan, masyarakat yang beradab atau bertamadun ialah masyarakat yang memiliki tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani. Tamadun dinyatakan sebagai satu keadaan masyarakat yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sama ada aspek sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi (Kamus Dewan, 2002).

    Pada dasarnya, istilah-istilah di atas merujuk kepada satu keadaan yang memiliki dua aspek pencapaian iaitu material dan spiritual dalam kehidupan. Kedua-dua pencapaian ini membentuk pencapaian asas dalam kehidupan masyarakat bertamadun. Antara pencapaian tersebut adalah seperti berikut:

     

    Pencapaian Asas dalam Kehidupan Masyarakat Bertamadun.


    Pencapaian Peradaban

    1. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau Madinah.
    2. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan Pendidikan yang sempurna dan teratur.
    3. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.
    4. Kelahiran dan peningkatan daya rekacipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
    5. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika tersendiri.
    6. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna, seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.
    7. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu system tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dan pelbagai bidang ilmu.
    8. Sistem kepercayaan dan agama. Manusia mula dengan kepercayaan animism. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).


    3.2 KOMPONEN ETIKA DAN PERADABAN

     

    1. PERSEKITARAN GEO-FIZIKAL

    Lazimnya sesuatu etnik mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan geografi tertentu. Bermula pada penghujung Zaman Batu dan permulaan Zaman Gangsa, masyarakat dari IndoChina dan daerah-daerah lain telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Kelompok ini dikenali sebagal Melayu Pesisir/ Melayu Jati dan Melayu Deutro yang mempunyal corak kehidupan yang lebih sistematik dan mendiami kawasan pesisiran pantai (Winstedt, 1961). Melayu-Deutro inilah yang membentuk rumpun etnik Melayu di seluruh Kepulauan Asia Tenggara yang kini dikenali sebagai Malaysia, Indonesia, singapura, Brunei dan Fililpina.

    Persekitaran Tanah Melayu memiliki iklim dan kedudukan geografi yang terlindung dari bencana alam. Suasana ini secara tidak langsung telah mempengaruhi jiwa dan tindakan Melayu untuk tidak bekerja keras, kerana punca rezeki yang mudah, hasil dari tanah yang subur, laut yang kurang bergelora dan hutan yang kaya dengan sumber makanan. Oleh itu, adalah mustahil untuk masyarakatnya ditimpa kebuluran.

    Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Berikut memperlihatkan peranan geografi:

    Faktor geografi

    Rajah: Peranan geografi

     

     2. MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI

    Masyarakat ialah satu konsep yang paling penting dalam memahami hubungan etnik. Masyarakat bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada individu- individu yang berada dalam kelompok tersebut.

     Maksud masyrakat

    Secara umum, masyarakat mengalami proses evolusi dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Bermula dengan masyarakat primitif, masyarakat berubah kepada masyarakat menternak, masyarakat holtikultur dan tani. Keempat-empat tahap ini dikenali sebagai masyarakat tradisional. Masyarakat terus berkembang daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden seperti masyarakat industri, masyarakat pascaindustri dan masyarakat sains dan teknologi. Perkembangannya adalah berbentuk sehala dan berterusan.

     

    Ciri-Ciri Masyarakat:


    Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

      1. Masyarakat saling berhubungan antara satu sama lain sama ada sesama kelompok atau berlainan kelompok. Hubungan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Hubungan secara formal sering kali berlaku dalam bentuk dua hala atau bersemuka, seperti hubungan antara individu dalam masyarakat atau dalam urusan pentadbiran, guru dengan murid; atau pensyarah dengan pelajar di dalam kelas. Sementara hubungan tidak formal adalah seperti interaksi antara ahli dalam sesebuah keluarga, hubungan sesama jiran tetangga, dan seterusnya hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dalam konteks yang lebih luas.
      2.  Masyarakat mempunyai kepimpinan. Setiap individu dilahirkan sebagai pemimpin. Mereka boleh berperanan sebagai pemimpin di kalangan keluarga, sebagai Ketua kampung, ketua komuniti, ketua daerah, ketua negeri dan ketua negara. Dalam masyarakat tradisional, pemimpin dipilih secara keturunan atau diwarisi, namun begitu di dalam masyarakat moden pemimpin dipilih berdasarkan pencapaian, kewibawaan serta karisma mereka. Tanggungjawab pemimpin adalah untuk mengurus masyarakat yang dipimpin. Kebijaksanaan pemimpin menentukan kedinamikan dan kemajuan sesebuah masyarakat.
      3. Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan kebudayaan tersebut boleh terus berkembang. Apabila manusia hidup di dalam sesuatu kelompok, mereka akan lebih kreatif dan inovatif. Untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka telah menghasilkan kebudayaan, sama ada berbentuk material ataupun bukan material. Walau bagaimanapun kebudayaan yang dilahirkan itu berbeza di antara masyarakat bergantung kepada keperluan masyarakat itu sendiri.
      4. Masyarakat mempunyai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial atau susun lapis masyarakat tidak dapat dielakkan daripada wujud dalam sebuah masyarakat kerana anggota masyarakat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan masing-masing. Stratitikasi sosial dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, kelas yang berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, Kedua, status ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakatnya dan ketiga, kasta yang keahliannya hanya ditentukan melalui kelahiran. Dalam masyarakat Melayu tradisional, stratifikasi sosial dibahagikan kepada golongan pemerintah (golongan diraja dan bangsawan) dan golongan yang diperintah (rakyat dan hamba). Dalam masyarakat moden pula, kelas sosial terdiri daripada golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan.
      5. Masyarakat sentiasa mengalami perubahan merangkumi segala aspek kehidupan seperti bilangan ahli, system ekonomi, politik dan sosial. Perubahan boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar; dan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh faktor luaran (seperti proses migrasi, pertembungan  budaya dan penjajahan). Selain itu, faktor dalaman masyarakat seperti pertambahan bilangan penduduk dan penerimaan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial juga menyumbang kepada perubahan sesebuah masyarakat.

     ciri ciri masyarakat

     

    DEFINISI MASYARAKAT DALAM KONTEKS MALAYSIA

    Masyarakat majmuk atau masyarakat pelbagai kaum merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti Malaysia pada kebiasaannya terdiri daripada beberapa kelompok majoriti, disusuli oleh sub-sub etnik (kelompok minoriti) lain yang lebih kecil dan kurang berpengaruh.

    Istilah masyarakat majmuk digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yang membawa masuk pendatang dari China dan india untuk kepentingan ekonomi. Menurut J.S. Furnivall, masyarakat majmuk adalah mereka bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu mereka bertemu tetapi hanya di pasar iatu semasa berjual beli. Masyarakat majmuk wujud dengan komuniti yang berlainan, tinggal sebelah menyebelah tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi terdapat pembahagian buruh mengikut bangsa.

    Di Semenanjung Tanah Melayu terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, manakala Bumiputera Sabah terdiri daripada etnik seperti Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-lain. Bumiputera Sarawak pula merangkumi etnik seperti lban, Melanau dan sebagainya. Mereka bukan bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian; tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.

    Kewujudan masyarakat majmuk adalah sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum tersebut untuk memenuhi peluang pekerjaan di Tanah Melayu. Tanah Melayu merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran, pusat perdagangan tumpuan serta menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi masyarakat dan pelbagai kebudayaan dan asal-usul.

    Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang bukan hanya menunjukkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.

    Pada abad ke-18, berlaku perubahan dalam struktur masyarakat di Malaysia disebabkan oleh migrasi dari luar yang disebabkan oleh faktor penarik yang ada di bumi dan juga faktor penolak di negara asal masing- masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan hingga ke hari ini. Migrasi berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perdagangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

     

    PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA

    Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sebagai asas untuk memahami masyarakat plural. lanya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi ketika alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan lain-lain; dan kemudiannya disertai olen penjajah Eropah. Kedatangarn pedagang tersebut didorong oleh 3G iaitu Ketuhanan (God/ Gospel), Kekayaan (Gold) dan Kemenangan (Glory). Peristiwa kedatangan mereka telah memberi kesan dalam sistem kehidupan di alam Melayu. Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktivIti perdagangan.

    Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri masyarakat Asia Tenggara ialah masyarakat pluraliti dan masyarakat pluralistik.

        • Masyarakat Pluraliti: Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelum kedatangan kuasa kuasa penjajah (Eropah) yang terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
        • Masyarakat Pluralistik: Terbentuk selepas zaman kedatangan penjajah. Penjajah membawa masuk pendatang dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama (Masyarakat Majmuk).


    Garis Masa Pembentukan Masyarakat Malaysia

    Rajah: Garis Masa Pembentukan Masyarakat Malaysia

     

    Setelah kemasukan imigran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat plural yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, pemikiran, amalan, ras, etnik dan kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku mengikut garisan pemisah etnik, bukannya garisan kelas.

    Pada era kolonial, kemasukan migran daripada luar melahirkan kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asmilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan yang

    mewujudkan kategori penduduk berdarah campuran seperti Peranakan, Syed dan sebagainya. Kini, kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu Cina, Melayu-Arab dan lain-lain.

    Proses kemasukan migran daripada luar berlaku secara berterusan sehingga penjajahan British di tanah Melayu. Oleh itu wujud masyarakat berbilang kaum, ras dan etnik di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan.

    Oleh itu, Malaysia merupakan sebuah negara kepelbagaian dengan  kelompok Melayu sebagai majoriti, seterusnya kelompok Cina, India dan kelompok-kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak serta Kadazan Dusun, Murut dan Bajau di Sabah. Kepelbagaian masyarakat Malaysia menjadikan Malaysia sebagai tarikan masyarakat luar.

    Persamaan dan Perbezaan Pluraliti dan Pluralistik

    Rajah: Persamaan dan Perbezaan Pluraliti dan Pluralistik


    Tahap-tahap Hubungan Etnik di Malaysia


    Segregasi


    Akomodasi


    akulturasi


    asimilasi


    amalgamasi


    3. EKONOMI DAN PASARAN

    Sebelum mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh penjajah yang membuat pelbagai langkah bagi memperbaiki dan mengembangkan ekonomi negara. Pihak penjajah hanya berminat hendak memajukan sektor ekonomi yang dapat memberi keuntungan secara langsung kepada mereka tetapi tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia. Bagi melihat dengan lebih mendalam berkenaan sejarah perkembangan ekonomi negara, kita bahagikan tahap perkembangan ini kepada tiga bahagian iaitu era pra-kolonial, era kolonial, dan era pasca kolonial.

      

    i) Era pra-kolonial

    Pada era pra-kolonial, masyarakat Melayu mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yang paling asas dan hanya cukup untuk menampung keperluan diri dan keluarga. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegiatan perdagangan menjadi kegiatan terpenting dalam masyarakat disebabkan keadaan kehidupan yang masih mundur dan tradisional. Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terletak dipersimpangan lalu-lintas perairan utama Selat Melaka, serta muara-muara sungai yang beroperasi sebagai pelabuhan semulajadi telah meninggalkan kesan kepada perkembangan ekonomi negara ini. Kedudukan ini memberi  peluang kepada orang-orang setempat untuk bergiat dalam bidang-bidang perkhidmatan dan perdagangan. Dengan pembukaan lebih banyak pelabuhan dan berkembangnya sistem lalu-lintas perairan, maka semakin meningkat perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Buktinya jelas dengan kemunculan kota Melaka yang menjadi sebuah pelabuhan entreport yang telah menunjukkan taraf keupayaan pemerintah dan penduduk mengendalikan sIstem ekonomi yang maju dan berjaya.

      Ekonomi dan pasaran

    ii) Era kolonial

    Penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun selama hampir 400 tahun banyak memberi kesan kepada ekonomi Tanah Melayu. Namun begitu penjajahan oleh Portugis dan Belanda yang mengambil masa selama 313 tahun itu tidak meninggalkan banyak kesan kepada ekonomi kerana mereka tidak mengeksploitasi sumber secara besar-besaran, selain tumpuan pada perdagangan rempah sahaja. Pada zaman pemerintahan Inggeris berlaku perubahan ke atas ekonomi negara apabila perlombongan dan penanaman getah mula diperkenalkan. Perlombongan menjadi penting apabila Inggeris membawa masuk imigran Cina supaya bekerja di lombong dan imigran India sebagai pekerja ladang getah.

    Pada akhir abad ke-19, kawalan politik Inggeris telah memberi kesan ke atas kedudukan ekonomi Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor (1873) memberi kuasa kepada Inggeris dalam pengutipan hasil, undang-undang tanah dan guna tenaga (buruh asing). Hasilnya wujudlah:

      1. Sistem jalan raya dan keretapi pantai barat semenanjung.
      2. Pembukaan ladang-ladang dan estet pertanian.
      3. Pengukuhan dasar pecah dan perintah di negeri-negeri jajahan Inggeris.

     

    Pada waktu ini juga telah berlaku ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang berpunca daripada:

      1. Dasar Pecah dan Perintah yang menyebabkan orang Melayu terpisah dari arus ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional.
      2. Kegiatan ekonomi moden tertumpu di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutarn yang baik menyebabkan ekonomi tradisional terpinggir.
      3. Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas menyebabkan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu.
      4. Halangan Sektor Ekonomi Tradisional dari sudut tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah.

     

     

    iiii) Era pasca kolonial

    Pada era pasca kolonial, kerajaan telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan ekonomi semua golongan masyarakat agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat dihapuskan.

    Selepas kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman telah merangka rancangan pembangunan ekonomi secara bertempoh bagi setiap lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan Malaya (Selepas Rancangan Malaya Kedua ianya dikenali Rancangan Malaysia). Dalam tempoh ini, tumpuan kerajaan adalah pada pembangunan sektor luar bandar dan mempelbagaikan sumber negara.

    Majlis Amanah Rakyat (transformasi daripada RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada tahun 1965. Negara kita juga mula menerokai peluang sumber ekonomi yang baharu melalui pengeluaran minyak sawit. FELDA telah membuka penempatan sulung bagi perusahaan ladang sawit pada tahun 1961.

    Kesan amalan 'Pecah dan Perintah' yang digunakan oleh penjajah British dalam mentadbir penduduk Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetap dapat dirasai impaknya meskipun negara ini telah mengecapi kemerdekaan. Bancian penduduk telah dijalankan pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, majoritinya adalah kaum Melayu dan Bumiputera. Walaupun ekonomi negara ketika itu berkembang dengan pesat, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan seterusnya menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

      

    DASAR EKONOMI BARU (DEB)

    DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990. DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perludiperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara plura melalui amalan pecah dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sector perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dan segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

     

    Rasional

    Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 1470 di Kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalan seperti berikut:

     

    Kaum

    Kadar Kemiskinan

    Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)

    Melayu

    64.8

    172.00

    Cina

    26.0

    394.00

    India

    39.2

    304.00

    Lain-lain

    44.8

    813.00

     

    Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:

     

     

    Pemilikan

    Jumlah Pemilikan  (RM juta)

    %

    1.      Bumiputera Perseorangan dan agensi Amanah

    279.6

    4.3

    a)                      Bumiputera Perseorangan

    168.7

    2.6

    b)                      Agensi Amanah

    110.9

    1.7

    2.      Bukan Bumiputera

    2,232.2

    34.0

    3.      Warganegara Asing

    4,051.3

    61.7

    JUMLAH

    6,564.1

    100.00

     

    Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:

     

    Sektor

    Melayu

    Cina

    India

    Lain-lain

    1.      Pertanian

    67.6

    19.9

    11.5

    1.0

    2.      Perlombongan

    32.1

    58.7

    8.5

    0.7

    3.      Perniagaan / Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan Kemudahan Awam.

    42.6

    44.5

    10.7

    1.2

     

    Kepincangan di atas merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama.

     

    Objektif

    Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

     

    Strategi Pelaksanaan

    Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

      1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
      2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

     Membasmi kemiskinan, kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. lanya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

      1.  Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
      2. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
      3. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
      4. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
      5. Memodenkan kehidupan di luar bandar.
      6. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
      7. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
      8. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

     

    Penyusunan Semula Masyarakat

    Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tanun 1990 pemilikan saham/ ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi Kkepentingan kaum di Negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

    Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun:

        1. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
        2. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990, kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum
        3. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilkan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
        4. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, dan Amanah Saham Nasional.
        5. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.


    ikon penghayatan
    1. Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu cabaran besar kepada seluruh peradaban manusia dan ia mempengaruhi nilai dan etika masyarakat kepelbagaian.
        • Bincangkan impak media digital ke atas etika dan peradaban kita di Malaysia. 

TOPIK 2: Konsep Etika dan Peradaban dari Pelbagai PerspektifTOPIK 4: Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia