TOPIK 2: Konsep Etika dan Peradaban dari Pelbagai Perspektif
HASIL PEMBELAJARAN:
- Menjelaskan konsep etika dalam sejarah pemikiran manusia.
- Membincangkan konsep peradaban dalam sejarah pemikiran manusia.
2.0 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Menurut kamus dewan, etika membawa maksud prinsip moral atau nilai nlak adat sopan santun yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Peradaban pula membawa maksud sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa, kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Konsep etika dan peradaban merupakan konsep yang saling bergantung antara satu sama lain. Sebuah peradaban yang dibina tanpa bersandarkan kepada konsep etika akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Kemajuan sesebuah peradaban bukanlah diukur dari aspek fizikal dan meterialistik semata-mata, bahkan kayu ukur yang lebih penting ialah ianya didasari bersama konsep etika.
Dalam perbahasan topik ini, apa yang akan dibincangkan ialah berkenaan dengan pergerakan idea, amalan etika dan peradaban dunia. Seterusnya, perbincangan adalah memberi penekanan terhadap konsep etika dari aspek pengertiannya dalam konteks sejarah pemikiran Eropah, zaman sebelum, semasa dan juga selepas fasa pencerahan. Setelah itu, perbahasan adalah tertumpu kepada impak kefahaman dan amalan konsep etika yang disemaikan sewaktu zaman kolonial dan pascakolinial yang berlaku di luar Eropah. Disamping itu juga, konsep peradaban dari perspektif kolonialisme dan pasca kolonialisme, timur dan barat, serta dari aspek agama dan kepercayaan turut dijelaskan dalam perbahasan topik. Melihat kepada elemen-elemen yang dibincangkan, jelas menunjukkan bahawa konsep etika dan peradaban merupakan elemen yang penting di dalam pembinaan sebuah peradaban yang madani (iaitu maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan).
2.1 MENYELUSURI PERGERAKAN IDEA DAN AMALAN ETIKA DAN PERADABAN DUNIA
Untuk memahami dan menelusuri pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban di Malaysia pada hari ini, pengaruh dan perubahan yang berlaku dalam persekitaran Alam melayu dan nusantara khususnya di Tanah Melayu, Sarawak & Sabah, adalah perlu difahami terlebih dahulu bahawa setiap peradaban mempunyai susur Jalur sejarahnya yang tersendiri. Perkembangan sejarah alam Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. lanya bermula dengan zaman Pra sejarah iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan zaman logam.
Fasa ini merupakan fasa awal peradaban di alam Melayu.
Seterusnya, zaman Proto sejarah di mana pada ketika ini wujudnya kerajaan-kerajaan awal seperti Langkasuka, Kedah Tua dan Gangga Nagara.
Fasa yang seterusnya ialah zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu juga bermulanya kedatangan kuasa-kuasa penjajah di Tanah melayu oleh Portugis, Belanda dan British.
Selanjutnya ialah fasa zaman sejarah moden di mana tanah Melayu menuju ke arah kemerdekaan. Pada waktu ini juga, kerajaan berusaha untuk mengukuh perpaduan dan penyatuan kaum yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Di samping itu, pembinaan negara bangsa Malaysia turut dirancang bagi memacu negara ke arah yang lebih cemerlang.
2.1.1 ZAMAN PRA SEJARAH
Zaman pra sejarah dikelaskan kepada 4 tahap iaitu:

Rajah: Zaman Pra Sejarah

Rajah: Cara hidup dan aktiviti mengikut zaman.
2.1.2 ZAMAN PROTO SEJARAH
Kewujudan kerajaan Alam Melayu bermula sejak awal abad pertama telah membuktikan bahawa Alam Melayu turut mempunyai kerajaan yang sezaman dengan tamadun-tamadun lain di dunia. Kerajaan ini telah berjaya membina sebuah peradaban yang gemilang dan agung.
Dengan adanya kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini, menunjukkan kepada kita bahawa kawasan yang kita diami mempunyai tinggalan warisan kerajaan yang gemilang dan agung seperti tamadun-tamadun lain di dunia.
Kerajaan Alam Melayu telah bermula daripada sebuah petempatan kecil yang kemudiannya berkembang membentuk menjadi sebuah pelabuhan yang mempunyai pelbagai peranan dan fungsi. Pelabuhan ini seterusnya berkembang menjadi kerajaan. Kerajaan awal di Alam Melayu ini muncul seawal abad pertama.

Rajah: Kerajaan- kerajaan awal
1. Funan
Kerajaan Funan diasaskan oleh seorang Brahmin yang berpusat di Vyadhapura. Kemashuran kerajaan Funan adalah ketika pemerintahan Fan Shih-man. Perluasan empayar Funan berjaya diluaskan ke Sungai Mekong hingga ke Teluk Camranh di sebelah timur. Setelah itu, beliau berjaya menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra. Impak dari kejayaan periuasan wilayah, membolehkan kerajaan Funan menguasal jalan perdagangan utama antara timur dan barat. Rentetan dari itu, pada abad ketiga, Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.
2. Champa
Chu-Luien telah mengasaskan kerajaan Champa pada tahun 192 M. Kerajaan ini adalah berpusat di Indrapura. Dai Viet sering melancarkan serangan terhadap Champa. Pembebasan Chamba berjaya dilaksanakan olen Chu-Lien daripada pengaruh China. Kerajaan Dai Viet dikenali sebagai utara Vietnam pada hari ini.
Kemasyuran Champa bermula di bawah pemerintahan Che Bong Nga. Kemerosotan kerajaan Champa bermula apabila pemerintahnya, Indravarman meninggal dunia pada tahun 1441. Champa berjaya ditawan oleh Dai Viet pada tahun 1471.
3. Srivijaya
Pada tahun 683 M kerajaan Srivijaya telah diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa di Palembang. Bagi memperkukuh kerajaan Srivijaya, beliau telah menakluk kawasan sekitarnya seperti bangka dan Trauma. Pada abad kelapan Srivijaya telah berjaya menakluk Sumatera, Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra di bawah pemerintahan Sangramadhananjaya. Melalui penaklukan ini, Srivijaya berjaya menguasai jalan laut antarabangsa iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. Setelah itu, Srivijaya berjaya menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu. Srivijaya juga menjadi pusat pengajian agama Buddha disamping menjadi pusat perdagangan.
4. Angkor
Kerajaan Angkor telah diasaskan oleh Jayavarman ll yang berpusat di Hariharalaya. Wilayah di Lembah Sungai Mekong berjaya disatukan oleh beliau. Kemasyuran kerajaan Angkor bermula ketika Suryavarman Il Berjaya meluaskan empayar Angkor ke sekitar lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar. Ancaman daripada Champa dan Dai Viet berjaya dihalang oleh beliau. Di samping itu, beliau juga wemujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar. Jayavarman VIl telah meneruskan usaha yang telah dilaksanakan oleh pemerintah terdahulu dan Berjaya meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam. Sebanyak 102 hospital dan Angkor Thom berjaya dibina oleh beliau. Kerajaan Angkor mula lemah setelah Kematian Jayavarman VIl. Tambahan itu, serangan oleh Siam pada tahun 1594 telah melemahkan kerajaan Siam.
5. Majapahit
Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol telah mengasaskan kerajaan Majapahit dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294. Kota Trowulan merupakan pusat kepada kerajaan Majapahit. Era kemasyuran Majapahit bermula ketika mana Patih Gajah Mada dilantik sebagai Perdana Menteri. Keamanan dan keselamatan Majapahit berhasil diperolehi oleh Patih Gajan Mada. Kerajaan Majapahit melalui Patih Gajah Mada berjaya meluaskan jajahan taklukan ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur, Sumatera, pesisir selatan, barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi dan kepulauan Maluku. Impak daripada taklukan ini menjadikan Majapahit sebagai pusat perdagangan pada abad ke-14. Kerajaan Majapahit menjadi lemah setelah serangan oleh kerajaan Damak pada tahun 1578 dan juga kematian Patih Gajah Mada.
6. Kedah Tua
Penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas merupakan titik kemunculan kerajaan Kedah Tuan. Pusat kerajaan ini adalah di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang pada peringkat awal. Catatan daripada golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab-Parsi telah mengukuhkan lagi kewujudkan kerajaan Kedah Tua. Menurut sumber dari China, kerajaan Kedah Tua dinamakan sebagai Chieh Ch'a. Sementara itu, kerajaan Kedah Tua dinamakan sebagai Kataha dan Kalah-bar oleh sumber dari India dan Arab. Kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang dikaitkan dengan Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua. Perubahan pemerintahan mula berlaku terhadap kerajaan Kedah Tua pada abad ketujuh apabila munculnya pengasasan Kesultanan Kedah yang memulakan kerajaan baharu di Kedah.
7. Gangga Nagara
Gangga Nagara muncul pada abad keenam menurut kajian oleh ahli arkeologi. Namun demikian, sejak abad kelima kerajaan Gangga Nagara sering dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Pada tahun 850 M, kerajaan Gangga Nagara Berjaya mempertahankan kedaulatannya, daripada serangan Srivijaya. Serangan tentera Chola dari India telah menyebabkan kerajaan Gangga Nagara mulai lemah pada tahun 1025 dengan mengakibatkan kemusnahan pelabuhan Gangga Nagara.
2.1.3 PENGARUH TAMADUN
2.1.3.1 China
Pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20, kemasukan China ke Tanah Melayu telah berlaku secara beramai-ramai. Orang China berhijrah negeri-negeri melayu di semenanjung menjelang awal abad ke-20. Impak daripada penghijrahan secara tidak langsung telah menyebarkan dan mengembangkan kebudayaan tradisional China di rantau ini.
Hubungan dan jalinan yang erat antara China dan Alam Melavu berlangsung dalam suasana aman dan harmoni sebelum zaman penjajahan. Hubungan yang ditunjukkan memaparkan Dagaimana kedua-dua pihak saling bekerjasama dan bergantung demi kebaikan bersama dari aspek politik dan ekonomi. Sifat saling hormat menghormati dan mengharga unsur budaya dan warisan kedua-dua pihak merupakan kuncI keharmonian yang terjalin.
2.3.1.2 India
Di Malaysia, kesan dan pengaruh tamadun India dapat dilihat dalam pelbagai aspek. lanya mencakupi aspek politik, sosioekonomi, adat istiadat dan dan corak budaya masyarakat. Tamadun India menekankan aspek cara hidup berkeluarga dan komuniti yang sinonim dengan nilai-nilai ketimuran.
Nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam kehidupan seharian pengaruh daripada tamadun India. Namun demikian, selepas kemunculan agama Islam, norma dan nilal-nilai Islam diterapkan dalam masyarakat setempat.
Dalam masyarakat Melayu, pengaruh India dapat dilihat dari beberapa aspek. Hubungan India dan Alam melayu sedikit sebanyak telah mempengaruhi struktur budaya dan bahasa Melayu. Asimilasi konsep dan idea dapat dilihat melalui unsur pinjaman dan penyerapan budaya dan bahasa India ke dalam bahasa dan budaya Melayu.

2.3.1.3 Timur Tengah
Sebelum kedatangan Islam, agama dan kebudayan Hindu Buddha telah bertapak kukuh dalam setiap aspek kehidupan masyarakat alam Melayu hingga berabad lamanya. Sistem politik, sosial dan ekonomi yang dipengaruhi Hindu Buddha begitu kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat alam Melayu.
Kedatangan Islam ke tanah Melayu telah merubah dan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan Hindu Buddha.Perubahan yang dibawa oleh Islam ialah mencakupi unsur-unsur rasional, intelektual dan logik akal. Para pedagang dari bahagian timur tengah memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Melayu.
Antara kesan pengaruh peradaban Timur Tengah Ke atas peradaban Melayu ialah:

2.3.1.4 Portugis
Kota Melaka berjaya ditawan oleh Portugis pada tahun 1511. Secara keseluruhannya, Portugis berjaya menduduki Melaka selama 130 tanun. Alfonso de Albuquerque merupakan wizurai yang bertanggungjawab untuk menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka. Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Portugis adalah berbentuk militari atau kententeraan
Antara kesan pendudukan Portugis ialah kelahiran masyarakat serani hasil daripada perkahwinan antara orang Portugis dengan penduduk tempatan, pengenalan tulisan rumi dan juga penerapan beberapa perkataan daripada bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu seperti jendela, almari, tuala, garpu, dan lain-lain.
2.3.1.5 Belanda
Belanda yang terawal tiba di Tanah melayu ialah pada tahun 1559. Pada 14 Januari 1641, Belanda berjaya merampas Melaka dari tangan Portugis. Pemerintahan yang dilaksanakan oleh Belanda di Melaka menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem kapitan yang diperkenalkan pada era penjajahan Portugis. Pedagang Belanda datang ke tanah Melayu adalah bertujuan untuk mendapatkan rempah ratus, buah pala dan kayu cengkih. Syarikat Bersatu Hindia Timur dibentuk rentetan daripada kepesatan perdagangan pedagang-pedagang dari Belanda.
2.3.1.6 British
Seperti negara-negara lain, British juga berminat akan kekayaan Tanah Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan mereka ke Tanah Melayu, adalah didorong oleh faktor ekonomi dan juga sumber-sumber asli. Namun demikian, penguasaan British membawa kepada campur tangan politik di Tanah Melayu.
Campur tangan British di tanah melayu adalah disebabkan oleh:
1. Dorongan ekonomi
- Galakan ekonomi bermatlamatkan usaha bagi memonopoli hasil-hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu seperti biji timah.
- Permintaan daripada revolusi perindustrian melalui aktiviti mengetin makanan
2. Dorongan politik
- British masih kuat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan pada awal abad ke-19.
- Persaingan meluaskan jajahan takhiuk masing-masing selain kuasa British Barat dan Belanda.
- Campur tangan politik dianggap jalan terbaik bagi memudahkan penguasaan ekonomi di tanah Melayu.
2.1.4 ZAMAN SEJARAH MODEN
2.1.4.5 Merdeka
Kemenangan perikatan dalam pilihanraya umum pada tahun 1955 telah membuka jalan kepada pemerintahan sendiri. Tunku Abdul Rahman Bersama rombongan telah pergi ke London pada Januari 1956 bagi membuat rundingan berkaitan kemerdekaan. Ekoran daripada itu, satu perjanjian yang dinamakan sebagai perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956 hasil daripada rundingan ini. 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebuah Suruhanjaya dibentuk dan diberi nama suruhanjaya Reid. Peranan Suruhanjaya ini adalah merangka perlembagaan persekutuan. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dengan anggota yang lain iaitu Ivor Jennings, William Mackell, B. Malik dan Halim Abdul Hamid. Suruhanjaya ini hendaklah mengambil kira pandangan penduduk termasuk 131 memorandum yang diterima daripada pertubuhan atau perseorangan. Majlis Perundingan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 akhirnya telah meluluskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah digubal.
Elemen yang terpenting mengenal Kemerdekaan lalah persetahaman dan penyatuan antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Melalui ini, orang melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat kepada orang bukan melayu, manakala orang bukan Melayu harus akur dengan kedudukan raja- raja Melayu, Islam sebagal agama persekutuan, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi di samping jaminan kedudukan istimewa orang Melayu. Persefahaman dan persetujuan ini dikenali sebagai kontrak sosial yang menggambarkan peri pentingnya toleransi dan perpaduan bangsa.
2.1.4.6 Pembinaan Negara-Negara Bangsa
Adalah menjadi matlamat utama sesebuah negara terutama yang mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk membina sebuah perpaduan. Perpaduan merupakan antara teras kepada kemajuan sesebuah negara. Tanpa adanya perpaduan akan membawa kepada ketidakstabilan ekonomi dan menjejaskan pelbagai aspek kemajuan negara.
Antara mekanisme dalam pembinaan negara bangsa ialah melalui sejarah. Pendidikan sejarah berperanan sebagai tunjang kepada pendidikan nasional. Melalui ini, ilmu pengetahuan berkaitan sejarah terutamanya sejarah berkenaan nasional akan membawa generasi muda mejadi lebin prihatin terhadap bangsa dan juga pembangunan negaranya. Dengan adanya Keprihatinan terhadap sejarah akan memberi kesedaran terhadap individu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Bagi meneruskan kelangsungan kemakmuran dan keamanan negara yang terdiri daripada pelbagai lapisan agama dan bangsa, masyarakat hendaklah berganding bahu bersama-sama mendokong aspirasI negara dalam mengamalkan sikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, sikap yang penuh dengan adab adalah penting untuk dipraktikkan. Sekiranya, masyarakat berhasil mengamalkan nilal-nilal murni maka negara kita akan terus maju setapak ke hadapan dalam membina sebuah negara bangsa yang didamkan.
2.2 KONSEP ETIKA DARI PELBAGAI PERSPEKTIF.
Perbincangan ini akan melihat konsep etika dari sudut pandang:

2.2.1 SEJARAH PEMIKIRAN EROPAH DARIPADA ZAMAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PENCERAHAN (ENLIGHTENMENT)
Perkembangan peradaban di eropah boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Zaman Sebelum Pencerahan
Terdapat dua zaman yang muncul sebelum bermulanya zaman pencerahan (enlightenment). Zaman pencerahan merupakan kesinambungan daripada zaman gelap dan Reinassence.
Zaman kejatuhan Eropah atau juga dikenali sebagai zaman gelap merupakan zaman di mana kebuluran, penyakit dan peperangan adalah merupakan perkara yang biasa berlaku ketika itu. Pada ketika tu juga, Eropah turut menghadapi kemerosotan dalam beberapa bidang seperti pendidikan, perdagangan, corak kehidupan, perbandaran dan juga pusat pentadbiran. Di samping itu, golongan gereja dan paderi memainkan peranan yang besar dalam mengawal dan mengongkong kehidupan masyarakat pada ketika itu. Raja pada ketika itu juga mempunyai kuasa mutlak dan rakyat diperintah dalam bentuk old regim.
Pada abad ke 14 hingga 16 telah berlakunya satu fasa yang dikenali sebagai zaman Reinassance atau kelahiran semula. Pada waktu tersebut, golongan cendiakawan dan juga ahli falsafah barat mula mempersoalkan berkaitan beberapa elemen, antaranya ialah berkaitan pencarian ilmu melalui keagamaan dan kepercayaan semata-mata. Kesedaran akan perihal tersebut bermula apabila para golongan cendiakawan barat mula menjelajah ke negara-negara Islam yang maju dan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan rasionalisme daripada golongan cendiakawan Islam. Kesan daripada ilmu dan pengetahuan yang diperolehi, golongan cendiakawan barat menyedari akan betapa pentingnya akal dalam proses memperolehi dan menguji ilmu pengetahuan.
Setelah mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut, golongan cendiakawan barat kembali semula ke negara mereka bagi menyebar luas pemikiran rasional supaya masyarakat sedar akan peri pentingnya peranan dan fungsi akal fikiran dalam memperolehi lmu pengetahuan bagi mengubah corak kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
2. Zaman Pencerahan
Laman pencerahan atau juga dikenali sebagai fasa The Age of Reason muncul rentetan daripada pengaruh dan penyebaran idea-idea berkenaan rasionalisme. Pada awalnya, idea berkaitan pencerahan ini kurang mendapat perhatian dan sambutan dari kalangan masyarakat yang berada di hierarki paling rendah di Eropah. Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan mereka yang sebati terhadap pemerintahan berteraskan kepada Old Regime. Sukar bagi mereka untuk memisahkan agama daripada cara kehidupan mereka.
Pada abad ke-17 dan 18, corak dan gaya pemikiran masyarakat mula berubah ekoran daripada kesedaran zaman pencerahan. Melalui fasa ini, munculnya beberapa tokoh pemikir seperti Montesque, Voltaire, John Locke, dan Jean Rousseau. Montesquieu telah memperkenalkan doktrin pengasingan kuasa dalam mengurus tadbir negara kepada tiga bentuk iaitu: legislatif (pembuat undang-undang), eksekutif (pelaksana undang)dan Judiciary (kehakiman).
Kesan daripada zaman pencerahan ini juga membawa kepada perkembangan terhadap beberapa elemen, antaranya ialah kebudayaan, dan keteguhan terhadap kepercayaan. Ia merupakan sebuah zaman yang dipenuhi dengan aspirasi pembaharuan kepercayaan terhadap pemikiran manusia dalam proses kemajuan. Pada zaman ini juga, masyarakat telah sedar bahawa manusia mampu untuk merubah dunia berlandaskan kepada pemikiran.
3. Revolusi Perancis

Revolusi Perancis yang berlaku pada 1789 merupakan satu garis yang memisahkan fasa kehidupan Eropah lama dan moden.
Pada ketika ini, berlakunya kemuncak kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat. Revolusi Perancis merupakan sebuah transformasi besar yang berlaku dalam politik dan masyarakat Perancis.
Dalam era revolusi Perancis, golongan revolusi telah membawa elemen-elemen tuntutan persamaan, kebebasan dan juga persaudaraan terhadap misi liberalisme dan demokrasi.
Misi dan halatuju tersebut telah wujud sewaktu perkembangan Eropah Ketika fasa pencerahan.
4. Revolusi Industri
Kamus Dewan (Edisi ketiga)
mendefinisikan Revolusi sebagai perubahan sebuah kerajaan, sistem politik atau
sosial yang dilakukan secara radikal atau kekerasanI juga menjurus kepada
perubahan yang menyeluruh dan mendadak terhadap cara berfikir dan bertindak.Industri pula membawa maksud, perusahaan untuk membuat atau menghasilkan barangan.
Umumnya, revolusi industri bermaksud proses tranformasi sistem ekonomi yang mudah kepada ekonomi yang kompleks.
Perubahan adalah mencakupi proses tranformasi yang masih bergantung pada kegiatan ekonomi yang berbentuk tradisi kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih bersifat produktiviti. Antara kesan daripada berlakunya revolusi industri ialah berlakunya pertambahan penduduk secara mendadak, perluasan perdagangan antarabangsa, perubahan bentuk gaya hidup masyarakat, perubahan corak pemikiran politik, dan perkembangan idea-idea dalam sistem ekonomi baru.
Di samping itu, melalui revolusi perinsdustrian, pengeluaran barangan dilaksanakan secara dalam kapasiti besar-besaran sehingga menyebabkan pengeluaran barangan melebihi paras keperluan pengusaha. Barangan yang dihasilkan adalah melalui penggunaan mesin dan hasil keluaran dapat dikomersilkan.

2.2.2 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
1. Islam
Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak secara amnya menganut agama Islam. Bermula abad ke-7M agama Islam mula tersebar di Tanah Arab hinggalah ke sebelah timur dunia. Pada abad ke-12 agama Islam mula dibawa ke tanah Melayu. Islam disebar ke tanah melayu melalui peranan pemerintah, mubaligh, perkahwinan dan perdagangan. Antara bukti ajaran Islam tersebar luas di tanah Melayu ialah melalui penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh 702H.
Agama Islam merupakan agama yang mempraktikkan nilai-nilai murni dalam segenap aspek kehidupan. Intipati yang terkandung di dalam ajaran Islam adalah mencakupi keseluruhan aspek kehidupan mencakupi aspek pendidikan, ekonomi, sosial, politik dan lain-lain. Di samping itu juga, Islam merupakan sebuah agama yang mempunyai cara dan panduan hidup yang lengkap. Islam merupakan sebuah agama yang berkasih sayang dan menganjurkan hormat menghormati antara satu sama lain.
2. Hindu
Perkataan Hindu asalnya berasal daripada perkataan yang merujuk kepada masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu. Masyarakat India di Malaysia secara majoritinya menganut agama Hindu. Semasa era penjajahan British, masyarakat India yang tiba di tanah Melayu membawa bersama-sama agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air asal mereka. Disamping meneruskan budaya dan adat resam asal mereka, masyarakat India turut mempelajari nilal-nilai dan budaya tempatan di tanah Melayu..
Terdapat beberapa ciri yang terkandung dalam agama Hindu, iaitu:
1. Kepercayaan kepada dewa-dewa
Kewujudan dewa-dewa adalah daripada manifestasi tuhan yang satu. Oleh yang demikian, agama hindu bukanlah bersifat politisme. Terdapat tiga fungsi utama dewa atau tuhannya iaitu Brahma, Vishnu, dan Siva.
2. Konsep kelahiran semula
Berdasarkan konsep karma, setiap perbuatan baik atau buruk mempunyai balasan yang setimpal. Segala kebahagiaan dan kedukaan kelahiran mereka amat dipengaruhi olen amalan mereka sewaktu kehidupan terdahulu.
3. Kitab-kitab suci Veda
Panduan dalam pengamalan agama hindu adalah berpandukan kepada kitab-kitab Veda.
3. Buddha
Antara agama yang terawal tiba di tanah melayu ialah agama Budhha. Ini dapat dibuktikan melalui kewujudan candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah. Agama Buddha diasaskan olen seorang putera raja India yang dikenali sebagai Siddhartha Gautama. Ajaran agama Buddha adalah berasaskan kepada empat kebenaran mulia melalui lapan jalan. Elemen yang
dititikberatkan dalam ajaran Buddha lalah berkenaan kesejahteraan hidup sama ada manusia mahupun binatang. Kesejahteraan akan diperolehi sekiranya semua hidupan hidup dalam keadaan berkasih sayang dan harmoni.
Di Alam Melayu, penyebaran agama Buddha bermula daripada aktiviti perdagangan antara masyarakat tempatan dan pedagang-pedagang India. Di samping berlangsungnya kegiatan aktiviti perdagangan, penyebaran agama Buddha di Alam Melayu juga tersebar kerana penduduk dan masyarakat tempatan pada ketika itu mengamalkan kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada objek yang mempunyai kuasa ajaib. Kehadiran para pedagang dari India bukan sahaja membawa barangan dagangan, akan tetapi turut memperkenalkan budaya dan agama ke tanah Melayu.
Kesimpulannya, semua agama yang dianuti oleh penduduk Malaysia, sama ada Islam, Hindu atau Buddha, mempunyai ajaran kearah kesejahteraan dan nilai murni. Agama menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia. Persamaan ini boleh menjadi perkongsian nilai untuk hidup secara harmoni dan sejahtera dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
2.2.3 KOLONIALISME DAN PASCA KOLONIALISME
Kololinalisme secara umumnya merupakan pembentukan sebuah koloni oleh kuasa kolonialisme yang lebih besar dan kuat. la adalah satu bentuk penjajahan yang menakluki sebuah kerajaan yang lebih lemah. Dalam erti kata yang lain, kolonialisme merupakan penjajahan yang dilakukan oleh negara-negara besar dan kuat terhadap negara yang lemah.
Antara impak kolonialisme & Pasca Kolonialisme terhadap Tanah Melayu ialah:
- Pengenalan tulisan rumi dalam masyarakat Melayu.
- Kewujudan perkahwinan campur diantara masyarakat tempatan dan penjajah. Sebagai contoh, lahirnya kaum Serani di Melaka.
- Wujudnya perkataan baru yang diambil dari bahasa Portugis seperti tuala, garfu, dan almari.
- Pembentukan Parti Politik berteraskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC.
- Pembentukan masyarakat majmuk hasil daripada kemasukan buruh-buruh yang dibawa dari China & India.
KONSEP PERADABAN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF
2.3.1 KOLONIALISME DAN PASCA KOLONIALISME
Merujuk kepada Kamus Dewan, peradaban membawa maksud sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa. Kesan darpada koloniaisme dan pasca kolonialisme oleh penjajah banyak meninggalkan kesan kepada negara yang dijajah dari pelbagai aspek. Antaranya ialah dari aspek sosial, ekonomi dan politik.
Antara impak kolonialisme dan pasca kolonialisme dari perspektif peradaban ialah:
- Pengenalan sistem persekolahan vernakular. Antaranya ialah sekolah Melayu, Cina, dan Tamil.
- Gaya dan cara pemikiran orang Melayu lebih terbuka. Kepercayaan tehadap perkara-perkara yang tiada sandaran dan mempunyai asas adalah berkurangan dikalangan masyarakat tempatan.
- Sistem demografi Tanah Melayu berubah ke arah yang lebih baik danpada kawasan kampung menjadi kawasan bandar kesan daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah.
- Pengenalan dasar ekonomi baru bagi meransang dan merancakkan lagi ekonomi negara.
- Kemajuan dari aspek pengangkutan seperti pembinaan kereta api telah banyak memberi manfaat kepada penduduk tempatan seperti pembukaan tanah baru dan proses kegiatan industri bijih timah menjadi lebih maju.
2.3.2 TIMUR DAN BARAT
2.3.2.1 Timur
Timur secara lazimnya merujuk kepada negara-negara lslam di timur tengah seperti Jordan, Mesir, Palestin dan lain-lain. Dalam membina sebuah peradaban, agama merupakan teras dan elemen yang penting dalam memastikan pasak tamadun dibina dengan kukuh. Islam merupakan teras dalam pembinaan sebuah tamadun yang ulung. Konsep peradaban dapat dilihat melalui kaca mata agama Islam. Hubungan erat antara ketamadunan dan Islam dapat dilihat melalui perubahan yang berlaku kepada masyarakat Arab jahiliah. Islam membawa perubanan Secara langsung merubah corak kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik berpandukan al-Quran dan As-sunnah. Islam merupakan agama yang mencakupi keseluruh aspek kehidupan.
Apa yang terdapat dalam Islam bukan sahaja memberi penekanan khusus terhadap ibadah khusus (seperti pelaksanaan solat, puasa, haji dan zakat) bahkan ianya mencakupi keseluruhan elemen kehidupan seperti ekonomi, politik, perundangann dan lain-lain.
Agama lslam membezakan kepelbagaian bangsa dan warna kulit. Kepelbagaian ini dilihat sebagai tanda kekuasaan Allah SWT. Perbezaan yang wujud merupakan pendorong untuk saling mengenali antara satu dengan yang lain. Ini kerana tiada yang membezakan antara satu sama lain disisi Allah SWT, yang membezakan antara satu dengan yang lain ialah keimanan dan ketakwaan. lslam menegah terhadap penindasan dan kezaliman antara satu sama lain. Islam juga merupakan agama yang mempraktikkan toleransi antara satu sama lain.
Dalam melahirkan sebuah peradaban, terdapat dua asas atau elemen yang penting, iaitu:
1. Aspek rohani dan pemikiran: Ini mencakupi agama, dasar pemikiran, nilai, budaya, warisan, adat, undang-undang, sejarah, bahasa dan adab. Kesemua aspek ini akan mempengaruhi dan menentukan identity masyarakat dan kemampanan sesuatu tamadun.
2. Aspek fizikal: Dari aspek fizikal, ianya mencakupi pembangunan infrastruktur produk, pekerjaan, kemahiran dan penghidupan. Elemen ini bersifat universal dan dimiliki oleh mana-mana peradaban dengan usaha dan daya saing. Oleh yang demikian, hasil setiap kemajuan sains dan teknologi menjadi milik masyarakat global.
2.3.2.2 Barat
Peradaban barat yang merupakan peradaban yang mendominasi masyarakat dunia pada hari ini ialah peradaban yang bersandarkan kepada kemajuan sains dan teknologi. Tamadun Barat mengalami tiga fase iaitu zaman klasik, zaman kegelapan dan zaman moden. Barat telah diterajui oleh falsafah yunani dan Hellenik pada zaman klasik. Zaman klasik ini berakhir apabila muncul agama Kristian sebagai institusi yang memegang tampuk kekuasaan.
Elemen yang memberi identiti kepada tamadun Barat ialah aspek pemikiran yang wujud lebih awal daripada kemajuan fizikal. Konsep yang telah mencetuskan kemajuan dalam sains dan teknologi berasas daripada konsep modernisme, sekularisme, liberalisme, humanisme dan rasionalisme. Bersandarkan kepada pemikiran dan falsafah barat juga yang menentu hala tuju, dan destinasi peradaban Barat.
Kemunculan tamadun Barat adalah bermula dengan perubahan dan transformasi yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Eropah pada zaman pencerahan. Fasa ini merupakan kesinambungan daripada fasa Renaissance yang bermula daripada pengaruh sekularisme yang telan diamal dan diterima oleh masyarakat Barat. Selain daripada ideologi sekularisme, pengaruh liberalisme dan modernisme merupakan elemen yang telah mengubah mereka daripada suasana kemunduran dan kegelapan kepada kemajuan dan kemakmuran.
2.3.3 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
2.3.3.1 Islam
Sejarah Melayu telah menggambarkan bahawa kerajaan Melaka mempunyai suasana pentadbiran dan politik yang kukuh dan stabil. Peristiwa Parameswara memeluk Islam pada tanun 1414 Masihi merancakkan lagi perkembangan dan penyebaran Islam di Nusantara dan
telah meletakkan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini. Penguasaan dan kestabilan politik Melaka telah semakin meluas pada abad ke-15 hingga berjaya menakluki Selangor. Melalui penguasaan ini, para pendakwah telah dihantar bagi menyebarkan agama lsilam dan sambutan yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat adalan menunjukkan tanda yang positif.
2.3.3.2 Buddha
Agama Buddha merupakan merupakan antara agama yang terawal sampai ke alam Melayu. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia menganut agama Buddha dan sebahagian yang lain adalah beragama Kristian dan Islam. Agama Buddha terhasil daripada pertapaan Siddhartha Gautama. Siddhartha Gautama merupakan seorang
putera raja India. Bagi menyelesaikan masalah dan persoalan yang wujud dalam kehidupan, Siddhartha Gautama telah melarikan diri dari istana. Masyarakat di India pada ketika itu mempunya kepercayaan terhadap unsur-unsur ajaib yang sangat kuat. Oleh yang demikian, Siddhartha Gautama telah pergi membawa diri ke hutan dan bertapa di bawah pokok yang dikenali sebagai pokok Bodhi selama enam tahun.
Selepas enam tahun pertapaa di bawah pokok Bodhi, Siddhartha Gautama telah mencapai tahap kesedaran (enlighment) di mana baginda telah mengetahui akibat dan sebab yang berlaku dalam kehidupan manusia di alam ini.
2.3.3.3 Hindu
Terdapat banyak elemen dalam ajaran hindu mempengaruhi masyarakat di alam Melayu. Antaranya lalah dari aspek tulisan dan Bahasa. Terdapat banyak perkataan Sanskrit yang diguna pakai dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Sebagai contoh, dosa, pahala, dewa dan lain-lain. Bahasa tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Di samping itu, asimilasi kebudayaan masyarakat Hindu turut meresap dalam kebudayaan masyarakat seperti upacara mandi bunga dan persandingan ketika berlangsungnya majlis perkahwinan masyarakat melayu. Selain ini, unsur senibina dan ukuran agama Hindu turut mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan.
2.3.3.4 Kristian
Perkembangan awal Kristian khususnya dari aliran gereja Katolik adalah bermula pada tahun 1511 selepas jatuhnya kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah jatuh pada tangan Portugis. Di Sarawak, antara yang banyak membantu dalam perkembangan awal Kristian ialah keluarga Brooke yang telah menjajah Sarawak pada abad ke-19. Ajaran Kristian adalah bersandarkan kepada Bible yang menjadi kitab suci penganut agama Kristian yang terdiri daripada Old Testement dan New Testament. Di dalam lembaran tersebut mengandungi sistem nilai dan etika yang tersendiri berkaitan dengan kehidupan.

1. Pada pendapat anda, apakan kesan revolusi industri di Eropah terhadap Tanah Melayu (sebelum merdeka) dan Malaysia (selepas merdeka)?- View
Pada pendapat anda, apakan kesan revolusi industri di Eropah terhadap Tanah Melayu (sebelum merdeka) dan Malaysia (selepas merdeka)?
Latihan kendiri ini adalah untuk menguji kefahaman anda tentang topik ini.