TOPIK 1: Pengenalan Penghayatan Etika Dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN:
- Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika dan peradaban.
- Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara.
1.1 PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN
PENGENALAN
Etika dan peradaban amat penting dalam masyarakat dan dititikberatkan dalam kehidupan kita seharian. Sebagai seorang manusia, kehidupan diisi dengan pengajran dan pembelajaran yang perolehi secara formal atau tidak formal. Selain itu, manusia memperoleh pengalaman yang dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian.
Manusia dijadikan Tuhan dengan keupayaan belajar dengan berbagai cara seperti mendengar, melihat, berfikir dan akhirnya ditunjukkan dalam tingkah laku atau perbuatan. Menguasai etika dan menghayati peradaban melibatkan proses belajar, mendengar, melihat, berfikir dan bertindak sebagai seorang manusia yang baik.
Justeru, melalui penghayatan etika dan peradaban kita berpeluang untuk mengenal konsep adab, adat istiadat, adat resam masyarakat Malaysia telah diwarisi dari generasi terdahulu. Kita juga berpeluang untuk menghayati etika dan peradaban yang diadaptasi dan dipraktikkan di negara kita pada zaman yang berbeza (zaman kolonial dan pasca kolonial).
Mengapa kita perlu mempelajari Etika dan Peradaban di Malaysia?
Jawapannya mudah. Ia membina penghayatan yang tinggi terhadap etika dan peradaban yang akan menjadikan individu itu memiliki keperibadian yang tinggi, saling hormat menghormati, dapat hidup dalam keadaan harmoni, dan akhirnya dapat membina negara bangsa yang diidamkan. Ciri-ciri negara bangsa akan dibincangkan dalam topik yang lain.

Penghayatan Etika dan Peradaban membolehkan kita memahami pantang larang bangsa-bangsa di Malaysia. Sebagai contoh, meletakkan chopstik secara menegak dalam mangkuk makanan adalah dilarang oleh masyarakat Cina. Bincang bersama rakan-rakan anda tentang pantang-larang setiap bangsa di Malaysia.
DEFINISI ETIKA DAN PERADABAN
ETIKA
Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud "hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti".
Etika boleh juga diterjemahkan sebagai peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatasusila dan tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan, adat, pantang larang dan nilai masyarakat. Namun begitu, penghayatan tentang peraturan masyarakat berbeza-beza antara kita kerana kita dipengaruhi perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi kita.
Etika berkaitan keperibadian, sifat perangai dan ciri watak yang mulia. (Aristotle (384-322 S.M).
Pengertian etika Juga boleh dilihat terjemahan dari Bahasa Perancis "etiquete" yang membawa maksud pergaulan yang baik antara manusia sesama manusia.
Etika berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari Bahasa Latin, "Mor" atau "Mores" yang membawa pengertian adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik dan menghindari tingkahlaku yang buruk. Secara kesimpulan, etika, etik dan moral dilihat sebagai “baik-buruk” dan “benar-salah” sesuatu perlakuan.

PERADABAN
Istilah peradaban dalam bahasa Inggeris disebut "Civilization". Istilah peradaban sering dipakai untuk menunjukkan pendapat dan penilaian kita terhadap perkembangan kebudayaan.
Definisi peradaban menurut Koentjaraningrat menyatakan bahawa peradaban merupakan sebahagian dari unsur kebudayaan yang halus, maju, dan indah seperti misalnya kesenian, ilmu pengetahuan, adat sopan santun pergaulan, kepandaian menulis, organisasi kenegaraan kebudayaan yang mempunyai sistem teknologi dan masyarakat kota yang maju dan kompleks.
Peradaban juga membawa maksud sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; emajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tinggi rendahnya peradaban suatu bangsa sangat pengaruhi oleh faktor pendidikan, kemajuan teknolog dan ilmu pengetahuan. Tiap-tiap masyarakat atau bangsa di manapun selalu berkebudayaan, akan tetapi tidak semuanya telah memilik peradaban yang tinggi.
Sebuah negara dan bangsa terbina dengan adanya kesatuan dan kesepaduan masyarakat dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya. Kesatuan dan kesepaduan masyarakat dapat dicapai dengana danya nilai peradaban yang tinggi dalam kehidupan seharian.

ETIKA, KESEPADUAN DAN PERPADUAN
Etika adalah satu prinsip moral atau sesuatu nilai akhlak seperti adat sopan santun, berbudi bahasa, tolong menolong dan saling hormat menghormati menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Penerapan nilai etika perlu diserap dalam setiap diri individu masyarakat Malaysia. Justeru itu, nilai etika ini diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia secara formal dan secara tidak formal bagi membentuk kesepaduan dan perpaduan kaum di Malaysia.
Kesepaduan membawa maksud menerima setiap perbezaan yang melihatkan suatu keadaan yang tidak sempurna kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Kesepaduan ini perlu dicapai demi membentuk sebuah negara yang harmoni.
Perpaduan adalah pembinaan sebuah negara yang memerlukan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mepunyai kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Di sini pentingnya gagasan perpaduan dalam kepelbagaian.
Pada dasarnya Etika mempunyai elemen-elemen membentuk kesepaduan dan perpaduan. Gabungan elemen ini amat penting untuk difahami dan dihayati oleh setiap individu untuk mencapai kesepakatan dalam keunikan masyarakat Malaysia yang mengandungi kepelbagaian kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Rajah: Elemen-elemen yang membentuk kesepaduan dan perpaduan
1.2 SUSUR MASA ETIKA DAN PERADABAN BERDASARKAN PRA KOLONIAL, KOLONIAL DAN PASCA-KOLONIAL PENDAHULUAN
Bab ini meneliti susur masa bagi melihat bagaimana konsep adab, adat istiadat, adab resam, etika, etos dan etiket ini wujud dalam peradaban kita. Konsep adab, adat istiadat dan adat resam telah ada dalam masyarakat di Tanah Melayu (merujuk kepada Semenanjung Malaysia pada masa itu). Kesemua konsep etika tradisional ini diamalkan dalam kepulauan, wilayah atau habitat alam Melayu.
Proses migrasi dalam wilayah alam Melayu menjadikan adab, adat istiadat dan adat resam bertapak kukuh.


Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut 'acuan Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarah negara ini, iaitu zaman Pra-kolonial (tradisional), kolonial (semasa penjajahan) dan Pasca-kolonial (pasca penjajahan, moden, hari ini).
Sifat dan kefahaman mengenai etika berciri moden diperkenal dan dilaksanakan semasa era kolonial Eropah ke seluruh dunia termasuk negara kita. Sebelum kedatangan kolonial telah wujud etika dalam masyarakat yang disebut adab, adat istiadat dan adat resam. Proses migrasi dalam Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu menjadikan adab, adat istiadat, dan adat resam bercampur baur akibat proses pinjam meminjam dan tersulam dalam masyarakat Malaysia, dulu dan sekarang.
ADAB
Dari sudut bahasa, adat yg menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum, daerah atau agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Adab merujuk kepada makna perilaku, perbuatan, kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa kod kelakuan. Sebagai contoh, masyarakat melayu terkenal dengan adab sopan, adab berpakaian serta adab tutur kata yang berpaksikan kepada ajaran agama Islam.
Adab Dalam Kehidupan
Islam amat menekankan tentang adab dalam kalangan manusia kerana dengan adab, manusia mampu menjaga keperibadian diri dan dipandang tinggi akhlaknya. Pelbagai adab yang perlu dijaga oleh setiap orang seperti adab berguru, adab menziarahi orang sakit, adab berjiran dan adab dalam pergaulan seharian. Ajaran agama Islam menekankan aspek adab dengan Allah, adab dengan Rasullullah dan adab dengan sesama makhluk.
Fitrahnya, didikan atau tarbiyah manusia bermula sejak dalam kandungan ibu lagi. Proses Pendidikan iní berterusan sehingga manusia mampu menjalani kehidupan dengan menjaga adab dan tingkahlaku. Sebagai contoh, adab dalam menuntut ilmu amat dititikberatkan agar ilmu yang dituntut mempunyai keberkatan.
Pelajar seharusnya menjaga adab dengan guru. Hari ini Pendidikan bukan sahaja berlaku secara bersemuka, tetapi la dilakukan secara atas talian. Peristiwa penularan wabak Covid-19 banyak mengubah landskap pendidikan ke arah pendidikan secara maya. Perubahan ini merupakan salah satu cabaran kepada pelajar dan guru dalam menjaga adab-adab secara lebih teliti. Berikut merupakan contoh-contoh adab dalam menuntut ilmu:
- Membuka kamera ketika sedang menuntut ilmu, agar boleh dilihat oleh guru atau pelajar.
- Berpakaian kemas dan penampilan diri yang menarik serta dalam keadaan bersedia.
- Memberi salam / ucap selamat dan menjawab salam ketika memulakan majlis ilmu serta membaca doa menuntut ilmu.
- Menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dengan penuh semangat dan berkeyakinan.
- Memandang pelajar dengan penuh kasih sayang dan pelajar melihat guru dengan rasa hormat.
- Tidak menyakiti hati guru dengan tingkahlaku yang kurang sopan dan tidak beradab.
Ini adalah sebahagian adab yang diajar oleh semua agama menjaga adab sesama manusia bagi melahirkan individu yang penyayang seterusnya menjadikan masyarakat yang harmoni dan membawa kepada keutuhan negara dan agama.
Adat Istiadat.
Menurut Kamus Pelajar Edisí Kedua adat istiadat berbagai-bagai adat yang diikut atau berbagal-bagai adat dan kebiasaan. la juga merujuk kepada majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti pertabalan atau perkahwinan.
Adat istiadat juga membawa maksud ritual-ritual yang sering mengiringi sesuatu majlis yang dianggap rasmi seperti adat cukur jambul, adat berkahwin, adat berkhatan, adat pertabalan raja dan sebagainya.
Adat Istiadat adalah bentuk peraturan yang diikuti dengan tertib dan cermat. Biasanya diamalkan dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan susun atur protokol yang tinggi. la mempunyal susun atur langkah demi langkah yang melambangkan bahawa negara kita ini sebenarnya mempunyal peradaban yang tersendiri yang diwarisi dan perlu dihormati oleh semua pihak sama ada kita yang lahir disini, tinggal tetap dan membesar atau pihak yang datang bekerja di negara ini.
Contoh adat istiadat yang terdapat dalam negara kita ialah adat istiadat Majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Adat Resam.
Adat resam juga dikenali sebagai tradisi, undang-undang atau hak yang tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temurun sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang.
Adat resam juga membawa maksud sesuatu yang ramal orang lakukan dan telah dilakukan untuk jangka masa yang lama. Biasanya, datang dari sesebuah negara, budaya, zaman atau agama yang sama. Jika ada sesuatu yang biasanya dilakukan dengan cara yang sama, ia
mungkin boleh dikatakan sebagai “adat kebiasaan" dalam melakukan sesuatu.
Adat resam adalah lebih mengenai amalan kebiasaan manakala budaya adalah lebih lanjut idea atau sekumpulan adat secara keseluruhan dalam sesuatu kaum atau bangsa. (Wikipedia)
Dalam negara kita mengandungi pelbagai etnik seperti etnik Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Setiap etnik ini mempunyai adat resam masing-masing. Sebagai contoh adat resam Melayu seperti tarian Mak Yong, tarian Kuda Kepang, Pakaian Baju Kurung Teluk Belanga, Baju kebaya dan perayaan-perayaan bagi setiap kaum.
Secara keseluruhan, setiap kaum utama samada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan pengelompokan masing-masing. Mempelajari, memahami dan menghayati adat resam sesuatu etnik adalah satu kemestian supaya kita dapat menjalani kehidupan dalam komuniti etnik tertentu dengan baik. Saling hormat-menghormati dan saling menjaga hubungan baik antara individu, keluarga dan komuniti adalah sikap yang harus dipuji demi menjaga kehamonian dalam hidup bermasyarakat
Islam dan adat Melayu
Hakikatnya Islam tidak mengenepikan budaya adat resam dan tamadun lama yang telah diamalkan sejak dari turun temurun. Kedatangan Islam hanya sekadar merubah, menukar atau meminda mana-mana Kepercayaan adat yang diamalkan oleh masyarakat melayu mengikut kesesuaian dengan hukum Islam. Ini bermakna adat melayu boleh diamalkan selagi mana ia tidak bertentangan dengan Islam.
Sebagai contoh, adat berpakaian bagi kaum Melayu adalah berbaju kurung serta bertudung, di mana penutupan aurat, bersopan dalam berpakaian menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Begitu juga dengan amalan atau adat istiadat yang diamalkan tidak menjurus kepada adat jahiliyah seperti beberapa ritual dalam majlis perkahwinan, menghantar makanan ke makam wall-wali dan sebagainya.
Dalam ajaran Islam, terdapat beberapa panduan yang khusus dalam menangani pengamalan serta hukum adat penganut agama lslam, antaranya.
- Memberi keutamaan pada undang-undang syariat jika terdapat pertembungan antara amalan adat dan undang-undang syariat.
- Peraturan-peraturan adat diterima oleh Islam selagi ia bersifat al-‘adah al muhkamah (adat yang baik).
- Adat hanya diterima pakai selama mana ia dipakai, ini berbeza dengan hukum syariat yang tidak boleh ditinggalkan atau diubah sehingga hari kiamat.
- Adat yang menjadi amalan, tidak mempunyai ciri-ciri kesyirikan, tidak menjurus kepada sebarang pemujaan, ketaksuban dan penyembahan selain dari kekuasaan Allah atau sebarang perlakuan yang tidak menunjukkan sifat baik sebagai seorang Muslim.
Secara kesimpulannya adat berfungsi sebagai membentuk peribadi, budaya dan jatidiri sesuatu bangsa. Keseragaman nilai, resam dan norma dengan bercirikan pemakaian undang-undang Islam yang bersifat universal dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan adat bersyariat sentiasa hidup dalam setiap jiwa manusia.
1. PRAKOLONIAL (ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN)
Populasi utama penduduk semasa zaman prakolonial Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada masyarakat Melayu. Kebanyakan masyarakat melayu tinggal di sekitar kawasan pedalaman, dengan kelompok mereka yang lebih besar menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai.
Sebelum kedatangan penjajah Eropah (iaitu pra-kolonial), orang Melayu telah mengamalkan adab sopan yang tinggi seperti berjalan menundukkan sedikit tubuh badan apabila lalu di hadapan orang lebih tuaa serta menundukkan sedikit tubuh ketika berjabat tangan dengan orang lebih tua adalah di antara adab sopan yang telah diamalkan sejak sekian lama.
Pada zaman ini, masyarakat luar memang banyak yang merantau ke Alam Melayu, termasuklah bangsa Eropah.Mereka terlibat secara aktif Sebagai pedagang kecil-kecilan yang dikenali sebagai pedagang empatan di kawasan Alam Melayu. Terdapat barangan dagangan seperi hamba, candu dan senjata api yang diniagakan. Kebanyakan barangan dagangan ini boleh mendatangkan kerosakan dan kemudaratan pada adab, adat istiadat dan adat resam masyarakat melayu sedia ada.
Etika terbentuk dalam kalangan masyarakat melayu melalui tingkah laku serta urusan kehidupan seharian samaada formal atau tidak formal sebagai adab, adat resam dan adat istiadat orang Melayu.
2. KOLONIAL (ZAMAN PENJAJAHAN)
Menurut Fieldhouse (1981), istilah kolonial boleh dikatakan perkembangan zaman pada abad ke-19 itu merujuk kepada keadaan penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai. Kolonialisme secara amnya merupakan pembentukan sebuah koloni oleh kuasa kolonial yang lebin kuat iaitu bentuk penjajanan yang menguasai dan mengambil kesempatan terhadap sebuah kerajaan yang lebih lemah. Ronald J. Horvath menyatakan bahawa, kolonialisme adalah satu bentuk penguasaan iaitu kawalan ke atas wilayah atau tingkahlaku kumpulan lain oleh kumpulan lain yang asing (Ronald J. Horvath, 1972: 46).
Micheal Adas dalam penulisannya mengenai imperialisme dan Kolonialisme pula membahaskan kolonialisme sebagai proses penapakan dan perkembangan penguasaan yang memberikan kesan terhadap masyarakat dan budaya tempatan (Micheal Adas, 1998, 371). "Kolonialisme" menggambarkan hubungan yang tidak seimbang di antara kuasa kolonial dengan tanah jajahan dan selalunya antara penjajah dan orang-orang tempatan.
Dasar-dasar British sepanjang perang juga menjaga hubungan yang baik dengan raja-raja Melayu. Sokongan raja-raja Melayu sangat penting dalam memperkukuhkan kolonialisme British terutamanya pada zaman perang. British sedar bahawa masyarakat Melayu sangat patuh terhadap raja-raja mereka dan melalui sokongan raja-raja kepada British, masyarakat Melayu akan dapat dikawal dengan lebih mudah. Kesan daripada penjajahan ini, pentadbiran negeri-negeri naungan British berada di bawah nasihat kerajaan British.
Kolonialisme di Tanah Melayu dengan peruasan pengaruh British dan kesannya budaya daripada kuasa kolonial terus berkembang kepada masyarakat tempatan. Kolonial membawa adab, adat resam mereka yang kita selalu sebut sebagai etika, etos dan etiket yang mereka hayati dalam kehidupan mereka dan mereka laksanakan dalam urusan pemerintahan mereka.
Masyarakat kita semasa zaman kolonial yang mempunyai hubungan langsung dengan pihak kolonial British telah memerhati, menyulam dan mengadaptasi secara tidak langsung dalam kehidupan seharian. Dalam sistem pemerintahan, kita melaksanakan sepenuhnya acuan pemerintahan kolonial pada masa itu seperti cara menghormati, berjabat tangan, memberi salam dan sebagainya dengan mengikut etika formal kolonial ketika berurusan dengan mereka. la meninggalkan kesan ke atas Masyarakat Melayu dengan kehilangan jati diri serta berlakunya percampuran versi etika dalam berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan, cara makan, memberi tabik hormat yang dipengaruni oleh kuasa penjajah
3. ZAMAN PASCAKOLONIAL
Pascakolonial membawa makna penjajahan yang berlaku terhadap budaya, iaitu dari mula berlakunya era penjajahan hingga kini. Zaman pascakolonial juga boleh diserupakan dengan era moden. Zaman pasca-kolonial (moden), telah mengekalkan kita dengan etika dan peradaban tradisional dan bercampur.
Pertembungan di antara penjajah dengan yang dijajah menghasilkan satu natijah yang membawa perubahan yang melibatkan seluruh susuk pemikiran dan nilai yang dibawa oleh kolonial. Masyarakat telah menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung atau melalui teknologi. Nilai etika bercampur baur ini wujud dalam persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita.
Variasi ini ditambah bukan sahaja hasil tinggalan kolonial, tetapi di kembang luas dengan globalisasi teknologi ICT. Adab, adat, etika, etos dan etiket kita telah bercampur baur sehingga mengubah identiti dan jati diri kita dalam keadaan, suasana, tindakan dan tingkah laku berbeza-beza. Setiap generasi yang hidup dalam era globalisasi ICT, perlu menghayati makna etika dan peradaban yang telah diacuankan dalam negara kita sejak sekian lama. Mempelajari, menguasai, menghayatinya supaya kita akan tetap mempunyal identiti dan jatidiri Malaysia walau di mana sekalipun kita berada. Tidak dapat dinafikan budi pekerti, tingkah laku dan budi bahasa kita merosot disebabkan kegagalan kita mempelajari dan menghayati etika dan peradaban negara kita.
1.3 KERANGKA MENGANALISIS ETIKA DAN PERADABAN ACUAN MALAYSIA MELALUI SEJARAH, STRUKTUR SOSIAL DAN BIOGRAFI
Etika sangatlah berpengaruh dalam kehidupan manusia. Dengan adanya etika maka manusia akan dapat menjalani aktiviti kehidupan seharian dengan mampu membezakan antara perlakuan yang baik dan salah serta membatasi perlakuan dalam kehidupan manusia. Amalan etika yang baik akan terbinanya sebuah negara yang bertamadun. Hari ini banyak berlakunya pelanggaran etika kerana kurangnya penghayatan tentang kepentingan beretika ke arah acuan Malaysia yang aman, tenteram dan sejahtera. Antara contoh etika yang menjadi acuan Malaysia seperti:
- Mengucapkan salam apabila memasuki rumah orang lain
- Mencium tangan ke dua ibu bapa.
- Membuang sampah ke dalam tong sampah.
- Menggunakan kemudahan awam dengan cara yang betul dan berhikmah.
- Beratur ketika berurusan di kaunter premis kerajaan.
Etika dan peradaban saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa merupakan warisan peradaban yang menjadi symbol penting dalam masyarakat Melayu. Tanpa bahasa, manusia tidak dapat berkomunikasi serta berinteraksi dengan baik antara satu individu dengan individu yang lain. Dari sudut etika dan peradaban acuan Malaysia, apabila individu ingin memulakan Komunikasi, mereka perlu menggunakan bahasa yang sopan atau merendahkan suara sebagai tanda saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan bangsa.
Penggunaan teknologi juga merupa warisan peradaban yang tidak miliki waktu yang banyak untuk beristirahat. Teknologi terus bekerja tanpa henti serta menggantIkan keseluruhan pekerjaan manusia. Teknologi sedia ada periulan digunakan dengan penuh etika untuk terus membina ketamadunan negara Malaysia yang lebih utuh.
Tahap penghayatan etika dan peradaban setiap individu dengan individu yang lain adalah berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Pembentukan etika dan peradaban acuan Malaysia juga seharusnya berasaskan kepada agama, nilai dan tamadun bangsa Malaysia.
Sarjana Sosiologi bernama C. Wright Mills, telah mengemukakan idea beliau untuk memahami masyarakat melalui konsep “imaginasi sosiologikal” iaitu penelitian berdasarkan tiga kompenan penting iaitu sejarah, struktur sosial dan biografi.
Sejarah ialah himpunan peristiwa dan pengalaman lalu yang saling berkait melibatkan individu, keluarga dan komuniti dalam masyarakat. Meneliti sejarah ialah dengan melihat Kembali asal usul individu di negara ini sama ada penduduk asal atau sebahagian daripada proses migrasi dalam wilayah alam melayu atau migrasi dari peradaban Cina, India, Arab, Eropah dan sebagainya.
Struktur sosial dari segi bahasa ialah sistem sosial. Manakala dari segi sosiologi adalah hubungan yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang berfungsi untuk menggerakkan dinamika masyarakat Tahap penghayatan antara individu dengan individu yang lain tentang etika dan peradaban di Malaysia adalah berbeza-beza kerana ia bergantung kepada struktur sosial.
Struktur sosial ini melibatkan komuniti dan sistem sekeliling samaada secara tormal atau tidak formal seperti tempat tinggal, Pendidikan dan pekerjaan. Pemahaman tentang lapisan- lapisan struktur sosial bagi setiap individu dapat membantu menghayati etika dan peradaban yang ada dalam negara.

Rajah: Struktur Sosial
Biografi dari segi bahasa ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Dari segi sosiologi biografi adalah fenomena struktur sosial dan proses sejarah yang mencorakkan pengalaman individu, keluarga, komuniti dalam masyarakat dan sebaliknya, boleh pula mencorakkan struktur sosial dan proses sejarah.
Memahami bagaimana biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem sosial di negara kita akan membolehkan kita mengenali siapa diri kita sekarang ini serta biografi orang yang penting bagi negara kita.
Menghayati biografi diri sendiri - bermula dari kelahiran sehingga kini, bagaimana seseorang individu menjalani kehidupan seharian, pembentukan diri berdasarkan daripada sejarah kehidupan yang dilalui sehinggalah ia mempengaruhi struktur sosial yang membentuk diri individu. Etika dan peradaban Malaysia terbina di atas etika dan peradaban biografi rakyat negara ini yang teracuan sejak sekian lama.
Sebagal nilai tambahan penghayatan atau pembentukan nilai etika dan peradaban acuan Malaysia seharusnya berpaksikan kepada ajaran agama. Nilai-nilai etika dan peradaban tidak seharusnya dipisahkan dengan nilal-nilai agama. Nilal-nilai etika dan peradaban seperti hikmah, keberanian, kesederhanaan dan keadilan tidak akan dapat dipraktikkan pada tahap tinggi jika dibangunkan semata-mata atas sejarah, struktur sosial dan biografi atau falsafah peribadi. Oleh itu, institusi undang-undang agama perlu diihat secara sepadu dan saling kait mengait. Sebagai contoh nilal hak kebebasan bersuara seharusnya difahami dalam konteks nilai kepercayaan kepada Tuhan. Menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menghina kepercayaaan agama, menabur fitnah atau mencaci maki orang lain adalah bertentangan dengan nilai-nilai etika & peradaban.
Justeru, mana-mana nilai yang bercanggah dengan prinsip kepercayaan kepada Tuhan atau nila-nilai kesejagatan islam seharusnya ditolak dan tidak sesuai dengan warganegara Malaysia. la sangat penting supaya nilai agama menjadi asas kepada pegangan nilai-nilai murni yang lain. Nilai-nilai agama inilah yang dikatakan sebagai nilal-nilai abadi dan mutlak yang akan bertindak sebagai pemandu dalam memahami nilai-nilai yang lain. Penghayatan etika & peradaban yang berlandaskan nilai ketuhanan dan akal yang sihat dilihat lebih berkemampuan dalam mengawal tingkah laku manusia berbanding dengan moral dan etika yang hanya berlapikkan asas-asas rasional dan nurani yang gersang dengan nilai keagamaan.
1.4 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MENGIKUT PERINGKAT INDIVIDU, KELUARGA, KOMUNITI DAN MASYARAKAT
Etika ialah disiplin yang mengkaji pertimbangan moral oleh manusia dan peraturan serta prinsip yang menjadi asas pertimbangan moral. Menurut Robbin (1998), etika sebagai peraturan dan prinsip yang menentukan samaada sesuatu perlakuan itu betul atau salah.
Individu, Keluarga dan Komuniti adalah struktur sosial sebuah masyarakat. Kita boleh meneliti etika yang telah terbina dalam asas diri kita, etika dalam keluarga kita dan etika dalam komuniti,
Penghayatan etika dalam Kalangan individu adalah sangat perlu ke arah membina peradaban yang tinggi dalam sesebuah negara. Sebagai contoh mudah untuk difahami, kita mengambil contoh etika dalam amalan perniagaan. Terdapat dua individu utama yang terlibat dalam urusan perniagaan, iaitu peniaga dan pengguna. Untuk memastikan urus niaga berjalan dengan baik, Kedua-dua golongan ini mesti mengamalkan etika yang baik.
Peniaga sebagai individu seharusnya memberi layanan dan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Harga mestilah berpatutan dan barangan yang dijual perlu berkualiti. Ini adalah perlakuan yang betul dan dilihatkan sebagai seorang peniaga yang beretika. Seorang peniaga yang menjual barangan dengan kadar harga yang tinggi serta tidak berpatutan dianggap sebagal individu yang tidak beretika dan bertanggungjawab.
Setiap peniaga juga mempunyai pekerja dan pemodal yang dianggap sebagai satu keluarga atau komuniti dalam perniagaan. Seorang peniaga yang beretika baik harus menjaga kebajikan pekerja dengan baik seperti menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat serta sanggup menerima teguran dan cadangan pekerja. Pekerja Juga perlu bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada majikannya. Nilai-nilai etika ini amat perlu dijaga untuk melahirkan perasaan saling hormat menghormati dan bagi tujuan mencapai kesejahteraan dan keamanan negara.
Peniaga perlu sedar tentang tanggungjawabnya terhadap masyarakat. Untuk menghargai sumbangan masyarakat kepada perniagaannya, peniaga seharusnya mematuhi akta dan undang-undang berkaitan perniagaan dan membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan untuk disalurkan kepada pembinaaan kemudahan untuk kegunaan masyarakat.
Secara kesimpulan, Individu, keluarga, komuniti dan masyarakat yang beretika sudah pasti mewarnai peradaban Malaysia yang baik. Etika yang tidak baik perlu ditolak oleh masyarakat kerana ia memusnahkan peradaban kita dalam jangka panjang.
1.5 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MENGIKUT KONTEKS MASYARAKAT, NEGARA DAN PASARAN
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum meliputi Melayu, Cina dan India. Keunikan masyarakat Malaysia lalah mereka hidup dalam keadaan yang harmonis dan aman berlandaskan kepada kebudayaan nasional. Biografi negara kita adalah berdasarkan faktor masyarakat, negara dan pasaran. Biografi masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang baik akan membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan peradaban yang tinggi serta dihormati. ldea-idea untuk pembangunan pengurusan yang beretika adalah dituntut semua bangsa, budaya dan agama.
Sistem nilai dan etika yang mantap akan memastikan masyarakat membangun dalam konteks yang berpedoman serta melahirkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik membentuk masyarakat yang mempunyai peradaban tinggi serta pemerintahan negara yang hebat. Ini membolehkan hal perekonomian negara berkembang dengan lebin pesat.
Sejauh manakah penghayatan Masyarakat Malaysia tentang etika dan peradaban boleh kita nilai dengan melihat kepada isu atau permasalahan yang melanda dunia pada hari ini. Sebagai contoh, isu penularan virus COVID-19.
Penularan virus COVID-19 yang bermula pada tahun 2019 pasti menjadi lipatan sejarah negara kerana virus ini telan meragut banyak nyawa dalam kalangan rakyat Malaysia malah seluruh dunia. Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menyekat penularan wabak
COVID-19. Antaranya penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka dan kerap mencuci tangan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah dilaksanakan di dalam negara sebagai satu langkah bijak dalam usaha kerajaan menangani masalah ini. Namun persoalan yang timbul, sejauh manakah kita sebagai rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab dalam mematuhi etika yang telah ditetapkan oleh negara?
Sejauh manakah masyarakat menyambut baik usaha kerajaan dalam melaksanakan perintah PKP dengan penuh etika dan berdisiplin? Setinggi manakah kesabaran masyarakat dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan masalah ini dapat diatasi dan ekonomi negara menjadi semakin pulih? Pasti negara menemui jalan buntu sekiranya masyarakat tidak mempunyai etika atau perlakuan baik dalam usahasama membendung penularan wabak ini. Keadaan negara menjadi semakin membimbangkan dengan adanya kadar peningkatan Kes jangkitan setiap hari dan bilangan kematian rakyat yang tinggi sekiranya masyarakat gagal dalam menghayati etika dan peradaban dalam kehidupan seharian.
Senario di atas menunjukkan betapa pentingnya penghayatan etika dan nilai baik dalam diri masyarakat. Sewajarnya masyarakat mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi, saling hormat menghormati dan saling bantu membantu antara kaum dengan kaum yang lain bagi mencapai persekitaran yang lebih baik dan harmoni serta mampu membina peradaban yang lebih unggul.
Penghayatan nilai etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat akan menjadikan imej negara dipandang tinggi di mata dunia serta mampu mengukuhkan kedudukan ekonomi negara seterusnva mewujudkan persaingan dalam aunia pasaran global walau dalam apa-apa jua keadaan.
- Pernahkan anda terlibat dengan insiden kurang adab? Bincangkan insiden tersebut.
- Apakah kesan kekurangan adab terhadap masyarakat, institusi atau negara?
- Jika anda seorang pemilik syarikat, apakah etika kerja yang ingin anda kuatkuasakan?
- View
- Pernahkan anda terlibat dengan insiden kurang adab? Bincangkan insiden tersebut.
- Apakah kesan kekurangan adab terhadap masyarakat, institusi atau negara?
- Jika anda seorang pemilik syarikat, apakah etika kerja yang ingin anda kuatkuasakan?
- Latihan kendiri ini adalah untuk menguji kefahaman anda tentang topik ini.