Main course page
MAKLUMAT PENILAIAN (BERSERTA PANDUAN)
PENILAIAN BERTERUSAN DAN PENILAIAN AKHIR.BAHAGIAN
PERATUSAN
KOMPONEN
MINGGU PENILAIAN
Kerja kursus
100%
- Tugasan
- Jurnal refleksi 1 (10%)
- Jurnal refleksi 2 (10%)
- Jurnal refleksi 3 (10%)
- Jurnal refleksi 1 (10%)
- Kuiz (30%)
- Projek kelas (40%)
- Minggu 2
- Minggu 6
- Minggu 12
- Minggu 10 - 14
Penerangan Penilaian Berterusan.
1. Tugasan:
- Jurnal refleksi 1 (10%)
- Jurnal refleksi 2 (10%)
- Jurnal refleksi 3 (10%)
Pelajar akan diberi isu-isu semasa berkenaan penghayatan etika dan peradaban. Pelajar perlu menulis analisis ringkas dan refleksi berkenaan isu-isu tersebut. Penekanan diberikan kepada bagaimana pelajar menunjukkan kaitan antara isu-isu tersebut, pengalaman dan pembacaan kendiri.
2. Projek Kelas (40%)Berikut merupakan pecahan komponen bagi tugasan ini.
- Laporan ringkas (30%)
- Pembentangan (10%)
3. Kuiz (30%)
Kuiz ini akan menilai pengetahuan pelajar berkenaan kursus ini, terutamanya tentang konsep-konsep berkaitan dengan penghayatan etika dan peradaban. Kuiz ini terdiri daripada soalan aneka pilihan.
PENULISAN REFLEKSI
APA ITU PENULISAN REFLEKSI?
- Satu bentuk tulisan naratif, PENEROKAAN KENDIRI - tafsiran perasaan, tingkah laku, pemikiran dan pengalaman berhubung dengan orang lain (seperti rakan, ahli masyarakat dan lain-lain) dan kerja lapangan di sesuatu masyarakat.
- Satu bentuk refleksi kritikal yang bertanya soalan tentang pemikiran dan perasaan sendiri.
- Ia boleh ditulis dalam bentuk, pemerhatian lapangan, nota, diari, pemerhatian kendiri dan lain-lain.
GARIS PANDUAN AM UNTUK PENULISAN REFLEKTIF
- Jangan menahan perasaan anda: Penulisan perlulah mengikutperasaan anda yang sebenar, sahih (original), terbuka, jujur, ungkapan sebenar perasaan dan pendapat kendiri. Pendek kata, penulisan yang benar-benar jujur dengan diri sendiri.
- Jurnal keseluruhan diri anda: Anda boleh memilih aspek yang sesuai untuk dinyatakan pada permulaan catatan refleksi anda; sebagai contoh - saya fikir, saya rasa, saya anggap atau saya bayangkan.
- Tulis dengan Jelas: Menulis segala yang terlintas difikiran anda.
- Pengajaran yang diperolehi: Senaraikan semua perkara yang anda fikir anda telah pelajari. Sebagai contoh, perkara yang anda lihat, anda dengar, anda perhati, anda bau, anda buat, anda rasa, anda risau, anda takut dan lain-lain. Nyatakan apa yang anda sedar atau pelajari dari perkara-perkara ini.
- Pengalaman pembelajaran yang paling bermakna: Nyatakan sudut apakah yang memberikan anda pengalaman atau impak yang paling bermakna? Kenapa aktiviti ini menjadikan begitu bermakna – anda boleh nyatakan apa yang menarik, menyenangkan, bersyukur, gembira, sedih, kecewa, yang menyedihkan, menyakitkan dan lain-lain
- Kesedaran yang paling penting: Apakah kesedaran yang paling penting yang anda dapat melalui isu / artikel ini? Adakah ia dapat membawa kepada satu transformasi dalam emosi, tingkahlaku atau proses pembelajaran anda
- Penglibatan masa depan: Apakah yang anda / masyarakat / negara akan buat pada masa hadapan? Apa yang perlu kita pelajari? Apa yang akan terjadi? Apakah kesannya terhadap anda dan masyarakat pada masa hadapan?
PROJEK KELAS.
- Cari artikel berkenaan isu-isu semasa berkenaan etika, peradaban atau perpaduan.
- Anda boleh sertakan keratan / tangkapan skrin daripada majalah, akhbar, website, media sosial dan lain lain.
- Ulas isu tersebut (contoh: perkaitan isu tersebut dengan etika / peradaban / perpaduan, punca, kesan, cara atasi, peranan individu, masyarakat, kerajaan, dan lain lain yang berkenaan).
- Pembentangan kumpulan anda hendaklah lebih kurang 15-20 minit termasuk perbincangan kelas.
- Anda perlu menghantar layar PowerPoint dan laporan projek melalui Moodle.
- Contoh-contoh artikel berkaitan:

- Opened: Saturday, 31 August 2024, 12:00 AM
Sila hantar tugasan Laporan Projek di sini. Pastikan ia dalam format .pdf
- Opened: Saturday, 31 August 2024, 12:00 AMSatu kumpulan hanya perlu hantar satu pembentangan PowerPoint.
- Tugasan