Main course page
  • TOPIK 6: Perlembagaan Persekutuan

    HASIL PEMBELAJARAN:

    1. Menjelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan.
    2. Menghuraikan Perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia.
    3. Menganalisis isu semasa Perlembagaan di Malaysia.


    6.1 SEJARAH, DEFINISI, DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

     

    i.        Definisi Perlembagaan Persekutuan

    Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang- undang tertinggi bagi Negara Malaysia. la telah mula diguna pakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana- mana undang- undang negeri yang bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat. (Noraini, 2010)

     

    ii.       Sejarah Perlembagaan Persekutuan

    Hukum Kanun Melaka adalah satu bukti kukuh bahawa Kesultanan Melayu Melaka telah memiliki perlembagaan bertulis yang membuktikan pelaksanaan adat tempatan dan perundangan Islam. Terdiri daripada pelbagai jenis bentuk undang-undang, iaitu perlembagaan, jenayah, tanah, perhambaan, kontrak, perwakilan, keluarga, laut dan Islam. Undang-undang Islam pula mengandungi hukum jual-beli, tatacara pengadilan, hukum Qisas dan hukum Jenayah Islam atau Hudud.

    Sebelum era penjajahan British secara menyeluruh di Tanah Melayu, Kerajaan Johor Moden telah menjadi negeri Melayu pertama memasyhurkan perlembagaan kerajaan tersebut pada tahun 1895 yang dinamakan Undangundang Tubuh Kerajaan Johor (UTKJ). Perkembangan ini diikuti oleh Kerajaan Melayu Terengganu melalui dokumen Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (UBDKT) pada tahun 1911. Pemasyhuran UBDKT dilihat mempunyai kaitan dengan UTKJ disebabkan isi kandungan dan penyusunan mempunyai beberapa persamaan (Wan Ahmad Fauzi , Anisah , Mohamed Anwar, & Hanif , 2017).

    Pada 21 Januari 1948, Kerajaan British telah menandatangani perjanjian negeri dengan sembilan orang Raja-Raja Melayu yang mengesahkan kedaulatan Raja-Raja Melayu seperti mana ia wujud sebelum 1 Disember 1941 serta menghapuskan implikasi Perjanjian MacMichael dan Penubuhan Malayan Union ke atas Negeri-Negeri dan Raja-Raja Melayu.

    Berikut merupakan kronologi pembentukan Perlembagaan Persekutuan:

    KRONOLOGI


    iii. Konsep Perlembagaan Persekutuan

    Perlembagaan secara umumnya merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

    Berikut ialah tujuan perlembagaan persekutuan:

    1. Menyatakan pembahagian kuasa antara semua badan dengan institusi yang terlibat serta cara pelaksanaan kuasa tersebut dijalankan.
    2. Memperincikan secara khusus, serta peranan eksekutif, perundangan dan kehakiman dalam kerangka pemerintahan negara.
    3. Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara dilakukan, bidang kuasa pemerintahan, menetapkan bentuk sistem kerajaan yang diamalkan, serta menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat.
    4. Menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

     6.2 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI

    i. Mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu undang-undang yang sama untuk sesuatu masalah supaya tidak bercanggah antara satu sama lain.

    • Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, daha kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
    • Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
    • Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya"

     

    ii. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara.

    Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta ini Nampak berkesan ketika pengurusan kes penularan Covid-19 di Malaysia.


    iii. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

    Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain. Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing- masing namun ja masih di bawah undang- undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru- harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diarnbil tindakan.

     

    iv.  Melindungi kepentingan semua kaum dengan jaminan keadilan sosial antara kaum.

    Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam.

    Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana - mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10 (Kebebasan Percakap, Berhimpun dan Berpersatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).

    rajah perlembagaan persekutuan

    kandungan perlembagaan 1

    kandungan perlembagaan 2


    6.3 KONSEP, KEPERLUAN DAN TAPAK INTEGRASI
    Apa itu Tapak Integrasi?

        • Sebuah ruang abstrak, dan ruang nyata di mana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan.
        • berlaku secara aman dan harmonis tanpa keganasan.
        • Wujud di peringkat makro, meso (pertengahan), dan mikro.

    penghayatan tapak integrasi

    keperluan tapak integrasi


    TAPAK DAN PLATFORM INTEGRASI
    Platform Integrasi:
        1. Makro (atas ke bawah
        2. Meso  (bawah ke atas)
        3. Mikro (inisiatif akar umbi)


    MAKRO

    MESO

    MICRO


    6.4 CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


    CABARAN 1

    CABARAN 2


    Isu Semasa Berkaitan Perlembagaan: Konvensyen Perlembagaan

    Di Malaysia, pentafsiran perlembagaan itu dilihat lebih diutamakan daripada konvensyen perlembagaan. Ini kerana bagi sesebuah negara yang baru merdeka, ia merupakan sesuatu perkara yang baharu untuk diamalkan. Tambahan pula, sesebuah negara perlu kepada pengalaman yang agak lama untuk mengaplikasi konsep konvensyen perlembagaan. Ia juga perlu diamalkan beberapa kali sebelum dijadikan konvensyen. Namun, setelah lebih 61 tahun mencapai kemerdekaan, adakah konvensyen perlembagaan itu diambil kira dan difahami oleh masyarakat Malaysia apabila timbul isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan?

    Konvensyen perlembagan adalah berkait rapat dengan kontrak sosial dan ia merupakan persetujuan yang disepakati dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Contohnya orang bukan Melayu mematuhi undang-undang yang berkait rapat dengan kedudukan istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan institusi beraja dikekalkan. Sebagai imbuhan, orang bukan Melayu diberi status warganegara Malaysia dan mendapat peluang untuk mengundi dan seumpamanya. Selain itu, pelantikan jawatan Perdana Menteri Malaysia dipilih dalam kalangan individu yang memenangi pilihan raya dan mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Kemudian pemilihan pentadbir utama kerajaan terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya. Kesemua aspek yang disebut di atas adalah merupakan amalan konvensyen perlembagaan kerana ia termasuk dalam isu melindungi hak istimewa orang Melayu. Ia juga sebagai platform untuk memberi peluang kepada orang Melayu dalam pelantikan utama jawatan kerajaan walaupun di dalam perlembagaan tidak meletakkan syarat pelantikan tersebut adalah dalam kalangan orang Melayu dan beragama Islam. Seterusnya, tanggungjawab bersama dalam Kabinet Malaysia adalah merujuk kepada pematuhan dasar yang ditetapkan oleh kabinet walaupun terdapat seorang menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Oleh itu, sekiranya seorang menteri tidak bersetuju dengan keputusan kabinet, maka ia perlu meletak jawatan sebagai menteri. Perkara yang dibincangkan ini tidak disebut secara langsung di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia diterima pakai sebagai sebahagian daripada konvensyen perlembagaan.

    Justeru, amat penting bagi rakyat Malaysia untuk memahami konsep konvensyen perlembagaan dan perlu seiring dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana konsep pentafsiran perlembagaan adalah selari dengan aplikasi dalam konvensyen perlembagaan, sejarah Malaysia, isu politik, sosial dan ekonomi.

    Sekiranya rakyat mampu memahami dengan baik, maka sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan perlembagaan dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh rakyat Malaysia.


    IKON PENGHAYATAN

    1. Kongsikan program-program di Institusi Pengajian Tinggi yang berpotensi untuk membina perpaduan kaum di kalangan mahasiswa. 
    2. Usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 telah menunjukkan perpaduan kaum. Bincangkan.

    • View
TOPIK 5: Pembinaan Peradaban Majmuk di MalaysiaTOPIK 7: Teknologi Maklumat Komunikasi Penggerak Kemajuan Nasional