Main course page
  • TOPIK 5: Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia

    HASIL PEMBELAJARAN:

    1. Menerangkan sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa.
    2. Menghuraikan konsep negara dan bangsa.
    3. Menghuraikan konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan Malaysia.
    4. Menerangkan kepelbagaian idea Bangsa Idaman dan perbahasan.

    PENGENALAN

    Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa asal usul sejarah atau titik permulaan. lanya adalah hasil gabUngan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

    Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa ”Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

    Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.

      

    5.1          SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

     

    Sejarah di Alam Melayu

    i.        Peradaban Pribumi Alam Melayu

    Amri Marzali (2017) menyatakan Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno. Tamadun tersebut terus berkembang dan kini menjadi beberapa negara moden dan maju.

    Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian kecil daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam). Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-lndonesia. Ciri seterusnya daripada tamadun Melayu, mereka beragama Islam. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.

    Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap pengembangan bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya, Antaranya bahasa Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain.

    ii.       Peradaban Asia (India, cina, Timur Tengah)

    Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia. Kedatangan masyarakat India, Cina pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat diperkukuhkan setiap masa.

    Kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal. Apabila tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan Melayu.

    Peradaban Asia seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Sebagai contoh adat resam dan tabiat pemakaian bahasa ibunda masih dikekalkan dari generasi ke generasi. Dalam aspek keagamaan juga demikian walaupun terdapat di kalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.

     

    iii.     Peradaban Barat

    Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam Melayu ini.

    Semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya pemerintahan British, penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu pada zaman tersebut tidaklah begitu ketara. Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Peradaban Barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan Yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini.

    Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. la banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial sahaja. Namun begitu ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan. Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya, kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrastruktur di bandar seperti jalanraya, keretapi, telefon, telegraf, bekalan eletrik dan bekalan air bersih. Ini semua dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu yang tinggal di bandar-bandar terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina.

    iv.     Peradaban Globalisasi

    Globalisali menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. la juga merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi benua dan sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain.

    Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia. Chandra Muzaffar (1998) telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi iaitu:

    kebaikan globalisasi 1

    kebaikan globalisasi 2

    Namun disebalik kebaikan ini, ada juga keburukan kesan daripada globalisasi. Antara keburukan globalisasi ialah:

    keburukan globalisasi

     

    Peradaban Beridentitikan Malaysia

    Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa-negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang namun di sebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa.

    Namun usaha ini perlu diteruskan sebagai meneruskan perjuangan tokoh kemerdekaan negara untuk melihat bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan damai sampai bila-bila. Jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi kehidupan yang aman damai malah tidak mustahil mereka akan menjadi pelarian di negara orang. Pihak berwajib perlu memainkan peranan mereka agar ruang-ruang memecahbelahkan keamanan negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga berlaku rusuhan seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.

    Pembinaan identiti negara bangsa sudah banyak diperkatakan dan telah dirungkai oleh para pengkaji kerana ia merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami negara bangsa yang beridentitikan Malaysia. Dalam merangka, merancang dan memahami pembentukan identiti ini, wajar bagi setiap warganegara untuk memahami dan mengenali negara bangsa yang beridentitikan Malaysia melalui kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini. Kajian ini adalah penting dalam usaha untuk mengkaji pembentukan identiti pada masa kini sekaligus dapat membina satu identiti yang kukuh dan unggul pada masa hadapan.

    Peradaban beridentitikan Malaysia mestilah suatu peradaban yang mempunyai identiti kukuh sebagai seorang anggota masyarakat Malaysia yang bertunjangkan budaya, imej, bahasa dan agama sebagai landasan utama dalam menjalani kehidupan mereka.


    ikon penghayatan
    Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di Malaysia adalah sesuatu yang perlu diraikan.

    Namun, menurut Shamsul Amri Baharuddin (2011), kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam perspektif yang negatif, bukan positif.  Beliau menegaskan lagi, para pemimpin parti politik perlu melihat agenda negara bangsa ini lebih penting daripada agenda-agenda lain untuk rakyat Malaysia dalam membina peradaban majmuk di negara kita. 

    Bincangkan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

    • View
TOPIK 4: Pemantapan Kesepaduan Nasional MalaysiaTOPIK 6: Perlembagaan Persekutuan