TOPIK 4: Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN:
- Menghuraikan matlamat perpaduan yang diidamkan.
- Menghuraikan tahap kesepaduan yang dicapai.
- Menghuraikan proses penyatupaduan yang diusahakan.
PENGENALAN
Kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan ia dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan perundingan telah membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia sejak Merdeka.
Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. la dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional. (Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, 2019)
Dalam konteks pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia, terdapat tiga lapisan perpaduan yang perlu dicapai iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh. Keadaan yang dimaksudkan ialah keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Manakala penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan dan mediasi.
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka telah dan sedang melalui proses tersebut dari kesatuan ke perpaduan. Negeri-negeri dalam Malaya/Malaysia asalnya terikat kepada pusat-pusat yang berbeza (di bawah jajahan Siam, Belanda, Britain) sehingga di satukan oleh penjajah British. Melalui pembentukan "kesatuan" & "persekutuan" oleh pihak penjajah, akhirnya terbentuk Malayan Union pada tahun 1946, walau bagaimanapun ia ditentang dan dimansuhkan kerana tidak bertepatan dengan ideologi dan cara hidup rakyat Malaysia. Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk iaitu penyatuan semua negeri di Malaya. Kercu kesatuan dicapai pada tahun 1957 iaitu Malaya mencapai kemerdekaan dan seterusnya meluaskan kesatuan pada tahun 1963 apabila pengisytiharan Persekutuan Malaysja dengan panggabungan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Usaha membina kesatuan sentiasa berterusan melalui usaha mewujudkan tapak integrasi iaitu satu ruang dan titik pertemuan antara kelompok strategik di Malaysia (etnik, agama, parti politik, NGO, masyarakat sivil dan lain-lain). Antara usaha yang dilakukan seperti menubuhkan Communities Liaison Committee, penubuhan parti politik bersifat muafakat (coalition), Pilihanraya, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Perlembagaan Persekutuan dan beberapa simbol dan struktur kesatuan seperti Yang Di Pertuan Agong (YDPA), bendera, lagu Negaraku, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan Sekolah Aliran Kebangsaan.
Namun usaha ini pernah mencapai kegagalan apabila pada 13 Mei 1969, kesatuan yang dibina pecah berderai akibat rusuhan kaum yang berlaku pada tahun tersebut. Pada tahun 1970 iaitu ketika pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-2, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dengan memberi penekanan kepada perpaduan negara bagi memantapkan lagi kesepaduan di Malaysia. Namun setelah lebih 50 tahun berlalu, kemantapan kesepaduan yang dihasratkan masih belum berada pada aras yang dihasratkan. la boleh retak pada bila-bila masa jika tiada usaha berterusan dilaksanakan dalam negara. Pada tahun 2018, indeks Perpaduan Nasional (IPNas) diasaskan pertama kali dalam sejarah Malaysia sebagai satu usaha membina dan memantapkan kesepaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.
4.1 MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN
Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan. Tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan negara akan bergolak setiap masa. Hal ini boleh dilihat di negara-negara bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar. Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa dan kebuluran serta kemiskinan yang tidak terpisah daripada kehidupan. Betapa pentingnya perpaduan perlu dibina dan dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini.
Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, "Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat".
A. DETIK PERPADUAN
Detik Perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya.
Detik-detik Perpaduan di Malaysia
i. Permainan Bola Sepak
Perlawanan bola sepak adalah antara satu daripada saat dan detik Perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-mae,ing. Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan mereka terdiri daripada kaum atau bangsa berlainan atau tidak.
Budaya ini harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong bola sepak Malaysia yang dikenali sebagai Harimau Malaya, supaya ia tetap 'mengaum, setiap kali perlawanan bola berlangsung khususnya apabila Malaysia menjadi tuan rumah di stadium keramat iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Gambar: Perlawanan bola speak di Malaysia
ii. Perkahwinan: "Street Wedding"
Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar. Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan besar, ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat memandangkan terdapat ruang yang khas berserta tempat letak kereta yang cukup.
Namun lain pula suasananya apabila majlis perkahwinan dilakukan di taman-taman perumahan. lanya menimbulkan suasana yang sesak dan kawasan meletak kenderaan para tetamu sangat terhad dengan kehadiran ramai jemputan. Jika dilihat kepada peruntukan undang-undang dalam negara, ianya merupakan satu kesalahan iaitu mendirikan dan menyelenggara sesuatu halangan di tempat awam. Tetapi pernahkah anda terdengar keluarga pasangan pengantin didakwa di mahkamah kerana menganjurkan majlis perkahwinan di kawasan taman perumahan?
Inilah detik perpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia iaitu bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami antara satu sama Iain tanpa mengira agama dan budaya. Namun demikian, sebagai penganjur, eloklah memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu supaya tidak timbul perkara-perkara yang menyusahkan semua pihak di masa hadapan.
Gambar: "Street Wedding" di Malaysia
iii. Kesihatan
Jika anda sakit, sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan. Tidak kira apa jenis bangsa masyarakat Malaysia sekalipun, maka klinik dan hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi. Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital dan semua kakitangan hospital tanpa mengira kaum akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan yang sepatutnya.
Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu Yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyat yang mesti diteruskan malah dibanggakan. Sebagai doktor ataupun jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbangga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit melanda seluruh negara.
iv. Makanan
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya nasi lemak, teh tarik, roti canai, soto, bakso dan sebagainya. Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa dan warna kulit. Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa di Malaysia kerana perbezaan Yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk ponyatuan bangsabangsa di Malaysia tanpa melihat ianya sebagai batasan atau halangan.
Nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa walaupun ianya rnakanan kaum Melayu. Begitu juga dengan makanan kaum Cina, contohnya masakan char koay teow dinikmati oleh semua bangsa termasuk Melayu dan India Maruku yang terkenal dikalangan bangsa India pula menjadi makanan semua bangsa. Inilah yang perlu rakyat Malaysia berbangga kerana melalui makanan ia boleh menjadi alat perpaduan kita semua.
v. Pemain Sukan
Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei? Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia mengenali nama tersebut iaitu Pemain badminton nombor satu Malaysia. Walaupun Datuk Lee Chong Wei adalah berbangsa Cina, namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan meminati setiap perlawanan beliau di setiap pertandingan badminton.
Begitu juga dengan pemain-pemain sukan yang Iain. Tidak kira apa bangsa dan agama, ianya tidak menjadi halangan untuk peminat dan menonton menyaksi dan menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah mereka bermain untuk negara. Begitu juga dengan penyokong, mereka tidak menyokong individu sebagai ahli sukan, tetapi menyokong ahli sukan tersebut sebagai pemain yang mewakili negara.
B. DETIK PERBEZAAN
Apakah perkara yang membezakan antara anda dengan orang di sekeliling anda? Adakah perbezaan-perbezaan ini menyukarkan kehidupan anda setiap hari? Kita tidak boleh lari daripada perbezaan khasnya berkaitan dengan agama dan budaya bangsa Malaysia. Perbezaan ini perlu dilihat jaripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.
Detik-detik Perbezaan
i. Sambutan Perayaan
Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan dan agama setiap agama yang pelbagai. Namun hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam menghadapi isu sambutan perayaan sebagai suatu sambutan tahunan semua bangsa di Malaysia. Malah aktiviti kunjung mengunjung yang tidak berkaitan dengan hal-hal keagamaan perlu diteruskan agar perpaduan yang ada semakin utuh dan padu.
ii. Jenayah
Apabila berlaku sesuatu jenayah, pastinya kita akan melihat apakah jenis jenayah yang dilakukan. Apabila telah pasti sesuatu jenayah tersebut, maka akan terlintas dalam minda siapakah yang terlibat dalam jenayah tersebut. Hal ini adalah satu sikap yang salah kerana semua jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa.
Setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenayah. Jika seseorang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, maka apabila berdepan dengan sesuatu perkara, maka akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Sebagai warganegara, kita haruslah patuh kepada setiap peraturan dan undangundang negara kerana hukuman tidak melihat bangsa untuk ianya dijatuhkan oleh pihak mahkamah.
iii. Tempat kerja
Telah timbul isu berkenaan tempat kerja yang memilih bangs-bangsa tertentu dan syarat-syarat tertentu. Hal ini sudah tentu merupakan sesuatu yang akan menggugat perpaduan bangsa jika tidak ditangani dengan baik. Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa atau kaum.
Sebagai warganegara isu tempat kerja perlu dilihat sebagai salah satu peluang untuk meningkatkan produktiviti kerana berlainan bangsa dan agama akan memberikan pelbagai idea dan usaha untuk majikan memperolehi manfaat yang pelbagai dikalangan pekerjanya.
iv. Pengebumian
Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang. Walau bagaimanapun, agama tidak menghalang untuk seseorang penganut bersedih dan menghormati atas kehilangan salah seorang ahli keluarga Yang berlainan bangsa dan agama. Ziarah menziarahi juga digalakkan sebagai memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang kematian orang Yang disayangi. Lebih bermakna lagi apabila bantuan dihulurkan kepada waris Yang kehilangan tempat bergantung dan dapat membantu mereka Yang memerlukan.
4.2 TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI
a Kesepaduan Nasional
Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza lalu menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.
Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil, makmur dan sejahtera. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat di negara kita ini.
Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional, alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional.
Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik. Masyarakat dinamik akan mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani komersial industri, golongan miskin kepada kelas menengah dan masyarakat kampung kepada warga kosmopolitan.
Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan budaya modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial. Hal ini merentasi hubungan horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat membina negara bangsa dan keharmonian integrasi kaum dalam mencapai status negara maju.
b Kesepaduan Sosial & Defisit Sosial
Kesepaduan Sosial
Kesepaduan sosial adalah antara teras penting dalam menjamin semua bangsa di Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni. la merupakan asas utama kepada keadaan yang stabil tanpa ada sebarang konflik dalam masyarakat di Malaysia. Konsep kesepaduan sosial yang diasaskan oleh kerajaan adalah sebagai formula penting untuk menguruskan masyarakat yang berbilang kaum dan agama khususnya di Malaysia.

Defisit sosial ialah isu dan hal yang belum selesai dan perlu diusahakan penyelesaian satu-persatu. Usaha tersebut memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak, perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan berasaskan tawar-menawar, perundingan ataupun mediasi (Dr Shamsul Amri Baharuddin, 2019).
Melalui pengalaman atau pembacaan anda, kongsikan bagaimana perkara-perkara di bawah boleh memusnahkan perpaduan masyarakat Malaysia:
- Etnisiti
- Agama
- Jantina / Gender
- Kelas Sosial
- Politik
- Pendidikan
- Perbezaan bandar dan desa
- bahasa
- jurang generasi
- media massa
- View
Defisit sosial ialah isu dan hal yang belum selesai dan perlu diusahakan penyelesaian satu-persatu. Usaha tersebut memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak, perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan berasaskan tawar-menawar, perundingan ataupun mediasi (Dr Shamsul Amri Baharuddin, 2019).
Melalui pengalaman atau pembacaan anda, kongsikan bagaimana perkara-perkara di bawah boleh memusnahkan perpaduan masyarakat Malaysia:
- Etnisiti
- Agama
- Jantina / Gender
- Kelas Sosial
- Politik
- Pendidikan
- Perbezaan bandar dan desa
- bahasa
- jurang generasi
- media massa
- Latihan kendiri ini adalah untuk menguji kefahaman anda tentang topik ini.